sejarah

Saturday, April 30

Media dan Politik

Petang tadi, macam biasa aku lapar. Jadi, bergerak ke cafe lah nampaknya. Takkan nak masak pulak! 

Maka, nak dijadikan cerita kami pun bersembang-sembang sampai keluar skop penceritaan seperti di atas. Kawan aku cakap, di Malaysia ni ada dua bidang yang kontroversi. Tu yang aku tulis kat atas tu. Nampak? Kenapa tak Sains? [Bukan back up bidang aku ok!] 

Kalau kita tengoklah kan, pernah baca surat khabar yang tak pernah keluarkan topik sensasi? Sampai nak menjerit satu Malaya bila baca Headline, ditambah dengan gambarnya? Pantang salah sikit, habis nak digembar-gemburnya macam nak rak! Rogol, liwat, khalwat, rasuah, bomoh, curang. Macam tak biasa saja baca surat khabar. Haish!


Apakah????

Itu yang pertama. Kedua, walaupun aku belum 21 tahun, haruslah kan nak ceburkan diri dalam dunia politik ni kan? Senang kata nak tahu perkembangan semasa dunia politik. Nanti bila ditemuduga taklah terasa bodoh sangat macam bukan rakyat Malaysia, sampai tak tahu perkembangan semasa. 

Masalahnya, berdasarkan tinjauan aku, [Rajin tak aku buat tinjauan? Mampu?] kebanyakan kawan aku tak suka politik sebab kedua-dua belah pihak main kotor! A kata B salah, C kata A salah, B kata C salah. Apa kes? Kadang-kadang aku menyampah juga bila mereka sengaja timbulkan sesuatu isu dan sampai sekarang berlarutan. Huh!


Malah, kawan aku tak mengundi masa pilihanraya kampus baru-baru ni pun sebab dia  tak nampak apa yang sepatutnya ada pada dunia politik kampus tu sendiri. [Kecilkan skop pulak, dari Malaysia ke kampus, bukan apa, bahaya cakap lebih-lebih ni!] Betul jugak kawan aku ni. Haish!

Jadi, macam mana ni? Bila nak maju? Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi!



Nota buku lali: Style tulis tajuk dah lain! Tiada lagi Aku dan _________. Mengapakah???

Aku dan Blogwalking

Ah, gila dibuatnya aku malam ni! Tak pernah-pernah aku buat kerja macam ni. Dah lah minggu exam. Haish! 

Tapi kenapa malam ni? Kenapa baru sekarang? Hahahaha. Mana aku tau. Baru hari ni aku terjumpa beberapa blog yang best! [Baru tau baca blog orang lain lagi best daripada blog sendiri]


Sebenarnya memang susah kan nak cari identiti yang betul-betul menggambarkan diri kita?Yalah, macam cara penulisan, dressing dan cara kita cakap. Ada yang nampak selekeh, tapi bila mengayat, bergegar dunia ni kalau dengar! 


Nota bawahan: Tak larat nak menulis menaip, dah penat jawab exam pagi tadi. Tapi hati masih menggatal nak bukak internet!


Saturday, April 23

Aku dan KFC


No Finger Lickin' Good anymore! Now: they transformed to new super power words that will attrract more "chickenholics" to their restaurants with So Good. [Apa kes aku speaking pulak ni? Dah la grammar tak mantop]

Sudah-sudah. Nak cerita ni, aku start makan KFC ni sejak dalam kandungan lagi. Ha. Kau pernah? Sebab itulah pantang nampak logo pak cik Colonel Sanders tu, macam melambai-lambai saja. "Marilah, marilah, makanlah KFC". Bukannya apa, aku nak tolong perniagaan KFC Malaysia ni yang dipegang oleh syarikat Melayu sendiri. Malah, Pizza Hut dan Ayamas pun dibawah naungannya. Bangga betul dengan perniagaan beliau. Katanya, nak pegang KFC bukan setakat di Malaysia, malah di rantau lain juga. Chaiyo!


Berbalik kepada perkara di atas, pasal transformasi [macam cara PM kita jer, nak transform2 ni], KFC baru saja ubah senang kata trademark dia lah. Slogan, baju staf, menu dan yang agak menarik, tiada lagi botol sos digunakan. Mereka gunakan dispenser sahaja. [Kalau kat KFC Sg Dua, Penang lah, yang lain tak tahu] Menarik-menarik! Maknanya tiada lagi kecurian botol sos di restoran KFC. Mambanteras jenayah, katanya. Selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) untuk membanteras jenayah melalui NKRA. [Google kalau kau tak tahu pasal ni]

Pasal menu, yang terbaru ada Chicken Chop. Aku dah rasa. Ok lah. Cuma tak pedas since dia guna Original Receipe. Kemudian, baru semalam aku try nasi ayam KFC, [Walaupun dah lama keluar] memang sedap! Kedua-dua menu tersebut hanya RM10 sahaja. Paling menarik, ada breakfast set. Agak-agak macam bosan nak sarapan kat kafe FH, maka marilah ke KFC Sg Dua. Konon-kononnya macam breakfas dekat McD lah. Ahaks! Paling best, kawan-kawan aku pun gila terhadap KFC ni, harapnya dapatlah menaikkan berat badan aku ni. [Desperate]

bagi besar sikit, baru terliur!
melting cheese on the top!

KFC vs McD???

Nota kaki: Macam duta kecil KFC pulak! Dan, bukan setiap hari aku ke KFC ok. Tapi kalau dibelanja ok jer. =,=

Friday, April 22

Aku dan Hantu Kak Limah

Siapa tak tengok ceita Hantu Kak Limah Balik Rumah? Aku pasti, ramai yang sudah. Berulang-ulang kali sampai lapan kali mungkin kot! [Bak kata kawan aku lah] Pertama kali dalam hidup aku, filem ringan seperti HKLBR memberi impak yang amat besar kepada seluruh rakyat Malaysia. Sebenarnya aku antara orang terawal menonton filem ni di panggung. Awal semester dulu, dengan kawan-kawan. [Ingatkan biaso-biaso sajo, rupanya, meletop!] Habis semua nak tiru adegan-adegan dalam filem tu. Skripnya, gaya lakonannya, semua jadi ikutan. Kenapa ek? Pelik-pelik. Bala-bala.<<< aku dah terpengaruh<<<< 

Kalau tengok sekarang di Facebook, habis dilanda fenomena ni. Semua komen, status, apa saja mesti nak dikaitakan dengan filem ni. Antara yang paling popular haruslah "Cecite, cecite", "Nampak beno penipunya" dan sebagainya. Sampaikan nak dijadikan cerita apabila skrip-skrip tu dijadikan sebagai "page" di Facebook. Motif? Tujuannya untuk tag bila komen status orang dan buat sebagai status. Habis semua komen dan status jadi warna biru.

Bukti lain yang masyarakat Malaysia dah terikut-ikut dengan filem ni apabila:

1. Semasa aku join satu event di UUM Mac lepas, perasminya, juga orang besar dalam politik negara menggunakan ayat "Cecite, cecite" dalam ucapannya yang bersifat semiformal. Wah, beliau pun tengok!

2. Semasa ABPBH 2010 yang lepas, dibawakan juga Usop Wilcha dan Johan untuk umumkan keputusan Bintang Paling Popular. Hasilnya, tak lama lepas tu, wujud la page Usop Wilcha glamor di pentas Abpbh 2010. Aku yang like page tersebut pada jam 5 petang, hanya ada 6000 orang like. Tepat jam 11 malam, sedah mencapai 15000 orang like! Bala-bala.

                         

3. Astro juga mengambil pendekatan yang sama seperti TV3 apabia menampilkan watak popular: Kak Limah semasa Konsert Pertama AF9 baru-baru ni apabila pesertanya, Afif buat persembahan lagu Cinta Kristal. [Saje tengok AF9, macam hampeh jer peserta dia, baik tengok Imam Muda]

ngeri aku tengok kak limah ni!

3. Kelas Tutorial aku, dari kelas pertama hinggalah ke kelas yang ke 10 (terakhir), mesti kawan aku sorang ni akan cakap "Cecite, cecite" kalau tak faham kat tutor kami tu. Adeh~

Walau apa pun, dunia kita lebih ceria dengan kehadiran filem ni. Jangan salah guna sudah!


Nota kaki: Apalah idea Mamat Khalid dalam filemnya akan datang ek?

Thursday, April 21

Aku dan KTT 111

Kembali lagi selepas agak lama berdiam. [Al maklumlah, charger laptop secara tidak sengaja ditinggalkan begitu sahaja di rumah!]

Maka, post khas untuk hari Khamis yang indah lagi permai ini, haruslah pasal exam sekarang kan? Buat makluman, aku sedang berhadapan dengan jihad sebagai seorang pelajar di minggu peperiksaan akhir untuk semester kedua. 


Subjek hari ini: KTT 111: Inorganic Chemistry 1 [Terpaksa belajar kimia walaupun hati ini obses terhadap Biologi!] Alah, ilmu kan? Belajar sajo. Nak dijadikan cerita, subjek ni antara subjek yang agak hot untuk dipelajari dan dijawab. Agak sukar. =,= Tapi macam senang. Erk!

Masa selama 3 jam penuh dengan deruan adrenalin dan degupan jantung. Berpeluh-peluh. [padahal sejuk jer] Untuk soalan objektif, agak ramai kawan aku yang melepaskan das tembakan di kertas OMR apabila masa hanya tinggal 4 minit, termasuklah aku. Aku harap sasarannya mengena! Ah!

Tiba-tiba ada selingan iklan, mengatakan ada pembetulan. Tapi aku endahkan saja. Ya lah, pembetulan untuk group yang lagi satu, akaun kot, yang sama tempat peperiksaan dengan kami. Tapi ada saja kawan-kawan aku yang terpinga-pinga sebab apa yang diberitahu tiada dalam kertas soalan. He3~

Ok, selesai sejam pertama, masuk ke fasa 2 jam berikutnya untuk soalan subjektif ala-ala esei. Seperti yang dijangka, aku fokus untuk soalan yang aku suka sahaja. MO and Crystal. Malahan, menjawab soalan kimia terasa seperti menjawab soalan pendidikan seni. Tapi aku suka!

Habis 3 jam yang memenatkan otak, perut terus lapar. [Banyak fikirlah katakan] Ada lah juga yang menunjukkan muka yang kesal, sedih serta terkilan. Buat kawan-kawan: redha je la ek. Harapnya graph utk KTT 111 ni turun [ada ke? macam SPM jer] Like-like jer. 

Kita boleh lagi pulun bagi dapat A+++ untuk Ecology, Biodiversity, Biostatistics and Mukahed [applied] serta Genetics, Biochemistry and Calculus [pure]. Chaiyo!!!


Wednesday, April 13

Aku dan Deactivate

Deactivate apa? Of course lah Facebook! Takkan buku kot!

Motif? Senang saja, sempena study week ni, aku kena fokus. Tiada benda lain terutamanya Facebook [sebab Facebook mengganggu tahap fokus aku semasa membaca slide-slide di laptop dan ketika membelek buku-buku yang agak tebal!] 

Sebenarnya aku dah praktikkan perkara ni sejak semester 1 lagi. Maka aku teruskan dengan perjalanan menuju kejayaan untuk semester ini! [Semangat habis!] Maka, tadi aku pun deactivate Facebook aku buat kali kedua. Yang tak menahan, lepas aku deactivare, Facebook telah mengelarkan ayat yang lebh kurang begini: "Hope you will come back" Hahahaha [=,=]

Jadi, kepada semua students USM, Happy Exam Fever!!! [Juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang sedang study week or sedang exam, yang dah abes, anda dikecualikan.]

Nota kaki: Aku tau mesti ada yang akan rindu dan tercari-cari di manakah akaun Facebook aku semasa nak tag nama aku dalam status, photos or wuteva!




Wednesday, April 6

Aku dan Ujian Munsyi

Pertama sekali apakah itu Ujian Munsyi? Aku pun tak tahu apakah sebenarnya makna disebalik Ujian Munsyi itu. Biarkan. Namun, pada 9 April 2011 ini (Sabtu) akan diadakan ujian ini. Motif? Sudah tentu lah ia sebagai salah satu syarat untuk melayakkan diri anda ke USM. [Universiti tercinta aku tu!]

Saja nak habaq kat hang pa pasal Munsyi ni. [Pehal speaking utara ni?] Munsyi ni ialah satu ujian, ada beratus-ratus soalan yang kena jawab dalam masa 1 jam sahaja. Kalau aku dulu, aku ditempatkan di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Pahang.

1. Apa yang akan ditanya?
Haruslah soalan kan? Ha3 Ok2. Sebenarnya soalan yang beratus-ratus tu pasal apa yang kita suka, kecenderungan minat kita dan personaliti kita [lebih kurang laa] Saja nak pastikan korang pilih kos yang betul, sesuai dengan minat korang. [Baikkan?] Soalan pun senang je, jangan menangis sebab takut fail sudah. Soalannya lebih kurang macam soalan semasa apply Biasiswa JPA, kalau apply la. [Soalan yang kena jawab secara online tu] Jangan lupa bawak pensel 2B!

2. Nak pakai apa?
Baju, seluar. Ok2, pakaian formal rasanya. berkemeja, seluar slack bagi lelaki [aku tak pakai tie] dan berbaju kurung bagi perempuan [baru manis berbaju kurung!] tapi nak pakai T-shirt berkolar pun ok kot. tapi pastikan berkasut! [Aku tak sure sangat tau, mana tau USM dah ada bagi peraturan. Harap maklum.]

Apa lagi ek? Ntah la, kalau nak tau lebih, lomen je la kat bawah ni. InsyaAllah aku akan jawab.


JOM MASUK USM!!!

Aku dan Blog Baru

Alhamdulillah, siap pun "proses pembaikian blog" aku. [Frasa tak boleh blah!] Bukan apa, hanya tukar template dan nama blog sahaja. Smart tak? Ok la.

Kenapa "Aku dan Tulisan"? Sebabnya, tulisan-tulisan dalam blog ini semuanya aku yang tulis, tiada nak "copy and paste" daripada mana-mana sumber seperti blog orang lain yang meletop-letop dan akhbar arus perdana ataupun arus saga. [Aku bukan yang suka memplagiat ok!] 

Kalau perasan, beberapa tajuk sebelum ni dan akan datang akan dimulakan dengan "Aku dan ......" [Kau ada? Ha3] Serta yang paling best, ayat-ayat dalam kurungan tu, menyatakan luahan monolog aku secara langsung. [....]

Genre blog? Ikut masa dan keadaanlah. Kadang-kadang isu semasa, tak pun isu-isu panas sampai mendidih bila baca dan kisah-kisah pasal apa yang berlaku di sekeliling aku. Kalau pasal hiburan macam letak gambar-gambar yang kelakar, video, artis-artis: baik pergi blog orang lain. Samo sajo! Inikan blog aku. Pasal luahan perasaan nanti-nanti kot, sebab tiada apa yang nak diluahkan lagi. [Ehem!] 

Keep reading! [Sebab tu lah pentingnya English Education~]

Sunday, April 3

Aku dan BioSoc

Mustahil kalau ada pelajar Bio USM tak tahu apa itu Biosociety aka BioSoc. Aku mula kenal BioSoc semasa hari bertemu Pusat Pengajian lagi. Aku dan rakan-rakan didedahkan dengan info-info tentang BioSoc. Kemudian, kami diberi borang, untuk memohon menjadi wakil pelajar tahun 1 (WP1). Dengan agak ragu-ragu, aku pun isilah, mana tau dapat. Kan?

Setelah beberapa minggu, kawan-kawan aku mendapat mesej, "Anda terpilih sebagai wakil WP1 BioSoc" Aku?  Ah, berdiam sahaja, anggap tiada rezeki untuk mempelajari selok belok kepimpinan di USM. Diamkan saja hati yang lara. [~.~]

Namun, orang kata, rezeki tak ke mana. Rupa-rupanya aku terpilih sebagai WP1, namun namaku tertinggal dalam senarai untuk first meeting. Hu3. Alhamdulillah. Bermula daripada itu, aku sertailah dengan aktifnya dalam BioSoc. Dari Family Day sebagai peserta, hinggalah ke Majoring Talk sebagai pengarah projek. Terima kasih kerana memberi aku ruang dan peluang. 




31 Mac 2011: AGM BioSoc. Ia dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, solat hajat, bacaan yasin dan solat isyak berjemaah. Selesai tapuk kepimpinan melepaskan jawatan-jawatan mereka, tibalah masanya untuk mengetahui siapakah yang bakal menerajui tampuk kepimpinan seterusnya. 

Dimulakan dengan Ketua-ketua Exco dan Exco. Aku tiada dalam senarai. Ah, ini satu tanggungjawab yang besar. Kemudian MT. Satu tanggungjawab, kepercayaan yang penuh diberikan kepada aku. Ikrar dibacakan, terasa satu lagi beban harus aku pikul bersama sahabat-sahabat aku. Masih aku ingat ucapan Ramdhan, lebih kurang begini, "Ini adalah amanah, bukan untuk dimain-mainkan".

Ikrar dan tanggungjawab

Sekalung penghargaan buat MT dan Exco BioSoc 2010/2011 atas kepercayaan yang diberikan. Diharapkan kami akan dapat memegang tampuk kepimpinan ini dengan lebih baik dan meneruskan legasi kepimpinan yang cemerlang anada semua. I Love BioSoc!!!

Aku, Biologi dan Fotografi

Biologi. Ya, satu bidang sains yang aku minati sejak sekolah rendah lagi. Pada mulanya cinta terhadap biologi mula berputik apabila semasa kecil aku kerap menonton rancangan berbentuk dokumentari seperti National Geographic bersam keluarga. Kemudian, semasa sekolah rendah, aku mula berjinak-jinak dengan sains. Masih aku  ingat, eksperimen sendiri-sendiri pertama aku ialah menanam benih kacang hijau, hanya menggunakan tisu sebagai medium untuk pertumbuhan. Aku letakkan di dapur, di dalam peti sejuk dan tempat gelap. Sama seperti dalam silibus sains. Dari situ aku sudah teruja! 

Meningkat ke alam sekolah menengah, aku semakin minat terhadap sains. Apatah lagi apabila mempelajari biologi semasa tingkatan 4 & 5. Kemudian ke zaman matrikulasi, pembelajaran semakin dalam, aku terokai dengan penuh minat. Sambil itu juga, aku mengagumi ciptaanNya. Alhamdulillah.

Melangkah ke alam universiti, aku terus fokus dengan bidang ini. USM: universiti yang aku catatkan sebagai pilihanku pertama aku untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi semasa kem motivasi UPSR 2003. Tak sangka, aku dapat masuk USM. 

Biologi Gunaan atau Applied Biology, akan memfokuskan terhadap 5 bidang utama yang akan dipilih semasa tahun kedua pengajian. Bioteknologi, Pengurusan Vektor dan Parasit, Akuatik, Persekitaran dan Agrobiologi. InsyaAllah, Biologi Persekitaran akan aku pelajari untuk tahun kedua dan ketiga.

Minat terhadap biologi tidak mungkin aku lepaskan begitu sahaja. Untuk itu, aku adunkan bersama satu lagi minat aku iaitu fotografi. Buat masa ini, cukuplah sahaja dengan kamera digital biasa, belum mampu untuk DSLR. Daripada fotografi, perspektif atau pandanagn kita akan lebih jelas dan mempunyai intepretasi yang tersendiri!!!






Nota kaki: semua nia aku snap sendiri by using DSC-W350 Sony Cybershot!

Friday, April 1

Aku dan 25 Mac

Assalamualaikum dan selamat hari jumaat.

Eh, 25 Mac: 7 hari sudah. Tarikh tersebut amat bermakna sebab ia adalah sambutan Hari Polis Negara yang ke 204. Juga 20 tahun yang lepas, aku dilahirkan ke muka bumi ini jam 5.36 pagi, bulan Ramadan yang mulia, di Kota Tinggi, Johor!!! Juga besday kawan sekolah aku; Zahidah dan motivator terkenal, Abg Raja Shamri.

Alhamdulillah, 20 tahun sudah. Tiada lagi keraguan atau teragak-agak untuk menulis angka 20 sekiranya mengisi apa-apa borang yang bertanyakan umur aku. Jika tidak, sebelum ini aku berasa teragak-agak untuk berbuat demikian.

Di kesempatan ini, aku nak berterima kasih kepada setiapindividu di atas muka bumi ini yang telah membesarkna, mengajar dan mendidik aku. Buat ayah, mak, kakak, angah, ude, cikgu2, kawan2 dan lain2. Tanpa mereka semua, siapalah aku ini. Whoa~

2011. 25 Mac. Antara besday aku yag agak menceriakan. Dengan lebih hampir 150 serangan dengan ucapan  dan doa di wall Facebook aku, 10 SMS, 3 MMS, hampir 30 face to face, telah membuatkan aku tersenyum dan berterima kasih kepada mereka semua. Juga, teristimewa, kad khas daripada mak n ayah!!! 





Bermula dengan nyanyian diringi orkestra Fajar Harapan oleh Azrul, Akmal, Fauzi n Fizul membuatkan aku sebak dan terharu dengan nyanyian lagu "Hepi Besday". [Al maklumlah, tahun lepas aku aku tidak dinyanyikan lagu selamat hari jadi aka hepi besday di KMJ] Lebih manis, aku dapat Slurpee (besar!!!) dan makan2!! Thanks korang! Nasib baik tiada telur, tepung, nila, dll sbb simbahan rahmat kepada aku~ Special thanks juga kepada Azrul yang tak habis2 nyanyi lagu hepi besday ala2 si Usop dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah sepanjang hari.

Lastly, terima kasih semua!!! 

[suprsingly, 28th March 2011, a new hero was born into our family!!! Congratz ude!!!]