sejarah

Friday, October 29

no fb, on blog!!!

owh, exam!!

fb: deactivate
blog: still on
mood: fokus
target: A

tq~

sesuai dijadikan desktop wallpaper ketika deactivate fb shj!

Perihal "CINTA" : Bahagian 2

cinta lagi. lagu cinta. cerita cinta. cinta cintan. hak3
ni cerita cinta antara orang, manusia atau homo sapiens~
nak cerita pasal diri sendiri? takpolah, takda yang boleh diklasifikasikan sebagai cerita cinta lagi. (statement)
kawan-kawan bercinta. mereka bercinta. tapi aku belum lagi. masih belajar. cinta dengan buku. (sekali lagi statement)


karenah orang bercinta memang pelbagai. ada yang baiik. ada yang tak. siap gaduh-gaduh lagi. nasib baik tak baling-baling seliapar, haish permaiinan tradisional la tu~. kalau tengah bahagia, terasa macam dekat ISS (kalu siapa yang tak tau apa itu ISS, cari sendiri kat Google!). terawang2, mikrogrraviti. wah! kalau calling2 tu, semua benda nak dipintal. rambut, pen, selimut, langsir n kalau nak season sikit, wayar telefon tetap telekom, yang empat segi tu. wah! macam seronok kan? 


cuba time gaduh!!! wah! (sekali lagi) terbang semua benda, kasut, pensel, kertas. kau ingat tenagh main bola baling ke?


tapi, biarlah. bak kata kawan aku, "dia kan dah besar"
aah je laa.
aku? cinta? boleh, nanti laaa... i busy ni... hak3 (statement ketiga)
terasa macam berani mati jer post ni, takpelah, blog aku, ada aku kisah?


* * * aku atau diri aku siapa * * *

Monday, October 25

~jom tolong~

wah, hari yang mendamaikan.
kelas pun dah banyak habis, pembentangan pun selesai sudah. lega.
tapi bukan itu ceritanya.
ini perihal tolong.



tolong 1
kisah bermula apabila aku sedang menunggu kawanku solat di masjid. aku di anjung masjid. memerhatikan gelagat orang. aku pelik dengan gaya seorang pakcik itu. macam peminta sedekah. selepas mendekati seorang budak, mungkin sebaya dengan aku, dia menghampiriku. aku kurang faham tutur bicaranya. mungkin mahukan duit. hmmm... bukan tak nak tolong, tapi... dia keluarkan laporannya yang dibuat di balai polis. dompetnya hilang. kad pengenalan pun hilang. juga kad muallafnya pun hilang. sejurus kemudian, kawanku keluar dari dewan solat. pakcik itu datang kepadanya. perkara yang sama diulang. kami memberikan alasan yang sama, kami masih belajar, masih ditanggung. dia beredar. kawanku membidas, patutnya dia boleh kerja, cuci pinggan ker, sihat tubuh badan, tiada masalah. aku mengiakan sahaja. kami terus keluar makan.




tolong 2
maghrib, aku lalu di sebelah tadika islam, jalanku pulang ke desasiswa tercinta. kanak-kanak berketurunan arab girang bermain bola sepak. ya, keturunan arab memang ramai di kampus ini. meriah betul. aku hanya tersenyum sambil minum air yang tak habis tadi. tiba-tiba, bola melantun keluar. mereka tercegat. semua memandang aku. aku faham. "can you give me that ball?" lancar betul bahasa inggerisnya, baru 5 tahun, agaknya. aku membaling bola tersebut kembali kepada mereka. "thank you!" aku tersenyum. baik budi pekertinya. aku meneruskan perjalanan.


tolong 3
waktu yang sama, hanya 50 meter dari tempat dalam kisah tolong 2. aku ingin melintas jalan. keadaan agak lengang. hanya sebuah kereta sedang berhenti di persimpangan. si pemandu kereta itu menoleh ke kanan. tiba-tiba rokok di hujung jarinya terjatuh. graviti memainkan peranannya. huh.. dia terkesima. masih banyak bahagian rokok tersebut yang masih belum dihisapnya. dia memandang aku. aku memandang dia. dan terus berlalu. aku tersenyum adakah dia bermonolog tadi? "can you give me that cigarette?" sekali lagi aku tersenyum.





hari indah, petang ke malam, itulah perihal tolong~
aku masih tersenyum~


Saturday, October 23

Perihal "CINTA" : Bahagian 1

wah, sudah pandai berbicara soal cinta! waduh2~

takda lah, actually cinta ni boleh kepada siapa2 jer... kat kucing pon boleh... kan?

mula2 nak cakap ttg cinta diri sendiri dulu. npe cinta sangat ngn diri sendiri ni? yelah, syukur sgt2 dpt hidup sampai saat ni...  nak ckp apa y menarik tu tak la sgt kot, bese2 jer... tapi y aku suka sgt ialah: alam semulajadi n lensa kamera... wah, pecinta alam katanya! maybe kwn2 n family dah tau sgt dah perangai aku ni, pantang jumpe flora n fauna y pelik2 (walhal pd mata dorang bese jer) aku jadi x tentu arah!!! apatah lagi kalau ada kamera kat tgn! apalagi, snap saja!!! bukan apa, juga menyelami jiwa kecintaan terhadap bio, aku mmg suka ngn nature ni! menarik laaa... air terjunnya, serangga2, pemandangan, spesis2 terancam, etc~ n hope, skang ni plan nk amek major environment mse 2nd yaer nnt, leh jadi mcm dorang kt animal planet, nat geo n discovery channel  tu!!! whoa~

== tp, siapa y rasa benci ngn perangai aku ni, ckp bebaik k, mne tau ada y x sdap mata memandang, telinga mendengar ke, jgn mengutuk sudah ==


+ save our nature +



debat perpaduan: impaknya

salam perpaduan semua!!!

ho3, debat perpaduan? bukan saya pendebatnya, belum layak lagi laa... hanya researcher team jer, follow the team ke mana2 sahaja... ok2, berbalik ke tajuk, impak.. negatifkah? positifkah? apa2 sahaja laa baa... (kenapa ckp sabah ni... owh, integrasi nasional kan)

1) pengetahuan baru, of coz la kan... ingat mudah ker nak tahu isu perpaduan di malaysia? yup, mmg banyak, tapi agak sukar bagi saya nk mengestraknya... tapi, ok jer, nothing laa... setelah berakhirnya debat perpaduan ni, baru la saya tahu apa itu perlembagaan, rukun negara, hak istimewa melayu, 1malaysia, deb, mbe, sekolah satu aliraan, rimup, isa, huh~~ best! yelaa, takkan nak menghadap e.coli jer setiap hari kan, at least kena la tahu apa isu semasa sekarang, barulah dikatakan kita ni warganegara yang menuju ke arah bermindakan kelas pertama, lengkap,,, katanya lah kan... (ayat semangat habis!)

2) hubungan baru terjalin, bukan nak berkapel k! i'm single! bt not availalble yet! ho3 cukup2... taklah, at least bleh laa rapat2 ngn pendebat2 dari u lain... ukm, ump, utem, utp, mmu, dan mcm2 lagi... aka hubungan diplomatik jugalah kan? (poyos jer) lagi satu, lpa lak, special thanx to our LO, arie!!! terbaek laaa ko, jom dtg penang!!!

3)  the best part is, jalan2!!! gua kelam, padang besar, kuala perlis, huh apalagi? tu jer... x jalan mana pon~ memang diakui, perlis indah pemandangannya!!! bukit2. gua batu kapur, paling x menahan = sawah padinya!!! meletop!!! mmg ckp indah ciptaan Allah!!! al maklumlah, saya kan gila alam semulajadi n kamera, apalagi!!! (walaupun dslr idaman still x dpt beli lagi, sigh~)

tu jer kot, dah laaa... lepas debat ni, memandangkan biological clock pon dah dibaiki, apalagi, study seperti biasa!!! 


== memetik status dari fb aku,  "setelah selesai print semua lecture notes yang tak print lagi, baru kutahu, banyaknya yang aku x study lagi!!!!!" ====


Thursday, October 14

erti hidup: disiplin

dulu budak2, sekarang dah jadi belia, kot. 
betullah, dulu lain, sekarang lain. kalau dulu suka main2, sekarang kurang main2.
kenapa ek? huh~

sekarang mmg bz, serabut. tapi itulah yang ajar kita, mematangkan kita. lepas jawab my3s tadi, mcm2 timbul dalam fikiran. ttg disiplin, etc. nak ckp diri ni disiplin ni, tak lah sgt kot. tapi dah terbiasa. thnx to family n cikgu2 yang didik saya ttg disiplin. dulu merungut, sekarang ucap terima kasih. =)

tapi ramai org x suka disiplin.skema, katanya. lain laaa. mmg lain. betul, mmg lain. disiplin: aka pegangan diri. nak didik dalam diri, mmg susah, perlukan masa n bersabar. kenapa ek? hmmm, klu dah laluinya, awak akan tahu. tapi, bkn terus ahu, kena analisa dulu. 

ya, semua org ada style hidup y lain. saya lain, awak lain, dia lain, dorang lain, mereka lain. bagi saya, disiplin lah yang mampu bentuk kita selain iman, pegangan agama, iman. kesemuanya harus digaul bersama agar jadi sedap sehingga menjilat jari. perlukah? ya, mmg perlu!

boleh tak kita ubah diri kita supaya jadi lebih berdisiplin? masa, penampilan, urusan diri, komitmen. itulah yang kita n saya sedangg usahakan. mmg sukar. hu~ bukan apa, bila kita disiplin, keluarga disiplin, kawan2 disiplin, komuniti disiplin, warga malaysia disiplin, warga dunia disiplin = indahnya hidup!!!

-----kunci nak buka kehidupan yang lebih baik: DISIPLIN-----
-----tiada di kedai kunci, tapi ada dalam poket kita, datang dari diri kita-----

Thursday, October 7

resah hati ini

keresahan hati memang selalu bertaut.
ada saja yang tidak kena.
soalnya, kenapa?
banyak dosakah?
huh~

kehidupan form 2.
indah.
manis.
tenang.
dunia dan akhirat.
saya merinduinya.
huh~

Ya Allah, tolonglah hambaMu ini.
kembali ke jalan yang lurus dan benar.
mengharapkan nurMu.
huh~

cuba dengar lagu InsyaAllah, Maher Zain.
hayati liriknya.
indah kan?
memang ada kaitan dengan diri ini.
huh~