sejarah

Wednesday, December 21

Aku dan Rangkaian Sosial

Sabtu ini AnT akan mula berjumpa lagi dengan "Study Week" buat kali ketiga. Mengikut tradisi di kampus, AnT akan deactivate Facebook. [Budaya kampus buatan sendiri] Bukan apa, saja tak nak serabutkan keadaan. Lagi-lagi dengan isu mahasiswa yang semakin menggedik. Kalau sikit takpelah, ini dah sampai tahap wajib kena ludah lempang. Isu apa? Faham-fahamlah.

Kawan AnT kata, kita kena ambil tahu juga isu-isu ini. Penting, masa depan kita. Ya, AnT akui. Tapi AnT nasihatkan, jaganlah terlalu taksub, sampaikan masih susah nak fahamkan istilah-istilah wajib faham dalam pelajaran.  Kenapa ek? Kepada sesiapa yang masih boleh membaca buku di tangan kanan, mencari isu di tangan kiri, silakanlah. Tapi ingat, kita datang universiti sebab nak belajar, bukan masuk akhbar sebab menurunkan bendera, meludah mahupun berdemo meronggeng di Pesta Penang 2011 ataupun menghayati Year End Sale 2011 di Queensbay.

Berbalik soal deactivate Facebook, semua terletak dalam diri (Adam, Dec 2011). Setuju dengan kawan AnT sorang ni. Kalau dah deactivate, tapi masih tak study tak guna kan? Tapi mesti ada yang tanya, kenapa nak deactivate, sedangkan kita akan boleh activate bila-bila masa saja? Sebabnya:

1. Kebanyakan nota dan bahan bacaan AnT simpan dalam laptop. Tak print [Lestari tak?] Potensi untuk terbabas ke Facebook amat tinggi.

2. Nafsu untuk check Facebook akan berkurangan. Sebab kita sedar, takkan ada orang akan tag, komen dan sebagainya.

3. Kalau nak tau isu semasa, tanyalah roomate kawan sekelas. Mungkin mereka tak deactivate Facebook. Kalau deactivate juga, nasiblah. Hadaplah buku dengan sepuasnya!

So, deactivate? Sekali lagi, semuanya terletak dalam diri. Kata dah matang. Kan?



Tuesday, December 20

Aku dan Pulau Songsong

"Kau ada fieldtrip ke?" tanya kawan aku.

"Aah, kat Pulau Songsong. Kitorang nak buat snorkeling sket". jawab aku dengan gaya penggerak Nat Geo Cahannel.

nak kerja sini boleh?

Sambil mukanya berkerut, satu soalan yang aku dah jangkakan, "Pulau Songsong? Kat mana tu? Kam2 sangat"

"Google Map kan ada, carilah sendiri", jawab aku selamba.


Ya, Sabtu lepas aku ke Pulau Songsong, Yan, Kedah. Tujuannya sebagai snorkeling dalam subjek Oceanography. Aku tak berniat nak buat laporan penuh, rasmi bagi fieldtrip aku, tapi ada beberapa kisah nak aku ceritakan. [Mood: Penglipur Lara dalam Nilapura]

Pertama, kami tiba sebagai pelajar yang mencari ilmu dalam komuniti nelayan di kawasan itu. Masing-masing ada ilmu tersendiri dalam ilmu laut. Bezanya kami masih muda, lebih saintifik, agaknya kot... Tapi mereka lebih cekap dan matang, belajar melalui pengalaman dan warisan turun temurun. Satu hal yang menarik perhatian aku. Mengenai istilah atau kalau dalam bahasa tingginya term, kot... [Tinggilah sangat!]

Mereka panggil air mati, kami panggil ... (dah lupa, teruknya!)
Mereka panggil 1 banih, kami panggil 30 meter.
Dan banyak lagi...

Kedua, tentang ilmu mereka terhadap alam. Mereka suruh cepat naik bot nelayan sebab takut tak lepas bila sampai muara. Betul kata mereka, akhirnya kami terperangkap lebih 3 jam di muara. [Selalunya air dari tali  air berdekatan dilepaskan, hari tu tak, karenah birokrasi agaknya] Nasib baik ada makanan, cerita dan kawan-kawan. Kemudian, mereka akan hanya pasang pukat semasa fajar menyingsing. Ya, betul, dalam Oceanography, ikan memang banyak ketika itu. 

tersadai

Ketiga, tentang pengorbanan mereka untuk menangkap ikan di lautan luas. Sanggup berada di bawah matahari terik, sedangkan kita asyik merungut apabila aircond rosak di dewan kuliah? Maka, aku tertarik denga status kawan FB aku, berkenaan betapa kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada. [Ingatkan nak copy buat tatapan semua, tapi dia deactivate...]

So, apa lagi? Takkan nak duduk diam saja dalam Golden Triangle ni! Jom snorkeling!



Sunday, October 2

Aku dan Semangat Ibu bapa

Hidup ini penuh suka dan duka. Pabila suka, kita bersemangat, pabila duka kita putus asa. Kita akan memberontak. Semua ingin dipersalahkan. Adakalanya, kita menjadi tidak terkawal. 

Baru-baru ini AnT mengalaminya. Sangat-sangat "down" untuk mengulangkaji pelajaran. Tidak lama, mungkin, seharian.

Lalu AnT menelefon ayahanda dan bonda di kampung. Berbual, bertanya khabar, mengeluarkan suara ceria. Seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Alhamdulillah, umpama magik, AnT kembali bersemangat untuk belajar. AnT sedar, mereka mengharapkan sesuatu, iaitu kejayaan. Bukan sahaja di dunia, malah di akhirat. 

AnT pernah teringat kata-kata daripada motivator AnT, "Kalau nak tahu betapa penatnya mereka berusaha untuk membesarkan kita, lihatlah ibu bapa anda ketika mereka sedang tidur."

Satu yang AnT ingin nasihatkan kepada kawan-kawan, kenanglah jasa ibu bapa masing. Telefon, pulang ke kampung, salam, cium tangan mereka. Jika sudah tiada, doakanlah kebahagiaan mereka di sana. Daripada mereka, kita mampu melihat dunia.

Terima kasih mak, ayah!


p/s: Menitis air mata tiap kali mendengar lagu di bawah ini.




Wednesday, September 28

Aku dan Pencemaran Udara

Sebut saja pasal pencemaran, mesti AnT akan menoleh. Nak ambil tahu. Maksud AnT pasal pencemaran alam sekitar. Ramai yang tak sedar tentang perkara ini. Biar AnT sedarkan. 

Pencemaran alam sekitar memang ada banyak jenis. Paling AnT tahan, pencemaran udaralah! Al maklumlah, AnT sekarang berada dalam kawasan bandar. Tapi nasib baiklah kat sini ada banyak pokok. Pokok muda, tua, kecil dan besar. Setiap kali tengok Indeks Pencemaan Udara, AnT rasa lega. Pagi ini, nilainya 21 sahaja di USM. Berbanding 43 di Perai dan 49 di Seberang Jaya. Terbukti - USM is a Green Lung area!

Hidung AnT memang sensitif kepada bau-bauan, yakni wangi ataupun busuk yang amat. Sejak zaman sekolah, hidung AnT amat berguna kalau nak "spy" student yang buat "free fogging" kat tandas. Sampai sekarang, AnT amat sensitif pada bau tembakau perosak bangsa tu. Tapi, terima kasih kepada kawan-kawan AnT yang amat menghormati kami yang tak rela nak sertai skuad "free fogging". 



Satu lagi, AnT amat benci pada bau dan warna gas yang keluar daripada ekzos kenderaan berenjin petrol, apatah lagi diesel. Tatkala nak melintas jalan, mesti akan terhirup udara kotor tu. Bukan nak haramkan penggunaan motokar dan adik beradiknya, tapi servislah! Silap-silap dah serupa macam kilang arang batu. Sebab itulah AnT tak bawa motor atau kereta, lagi, ke Kampus Sejahtera ni. Faham?



Harapnya, adalah sikit ilmu dan kesedaran untuk menjaga alam sekitar ya?!!

Dari hidung, jatuh ke paru-paru. 
Busuk yang dibau, sengsaralah paru-paru!




[semangat sebab baru habis kelas pencemaran alam sekitar!]

Monday, September 19

Aku, Sibuk dan Ilmu

Kata-kata itu boleh menjadi doa. 
Baik atau buruk. 
Jika kita niatkan supaya ia berlaku, maka ia akan berlaku. 
Tetapi atas kehendakNya. 

Dua minggu, sibuk sangat. 
Adakalanya seperti bersalah jika tidak menyibukkan diri. 
Maaf jika aku pergi meninggalkanmu lebih awal pagi Sabtu itu.

Aku kira kini sudah terperangkap.
Terperangkap dalam agendamu.
Konspirasimu, licik sungguh.
Bukan satu tapi dua.
Tapi jangan sampai tiga.

Aku semakin rindu akan helaian ilmu.
Bukannya agenda yang jauh daripadanya.
Lagha hingga embun mula menitis.

Hati mahu pergi jauh.
Mulut terus membeku.
Gagal menurut kata hati. 
Degilnya juga si lidah.

Aku tak mahu buntu dalam kekususutan.
Aku rindu zaman kegemilangan ilmu.
Jangan kamu menyekat nafsu aku.
Ilmu kini semakin memerlukan aku.

Aku tak mahu menabung dosa.
Kerna itu bukan kerja aku.

Tuesday, August 16

Aku dan Angry Birds

Fonomena terbaharu. Bukannya Dota, Counter Strike. Apatah lagi K-pop. [Anahaesayooo] Berdasarkan permehatian AnT yang kabur-kabur ni, AnT rasakan ada satu gelombang baru di Malaysia iaitu Angy Birds. Bagi yang tak tahu apa itu Angry Birds, Google sekarang!!!

Dari budak-budak tadika yang berhingus hinggalah ke orang dewasa. Semuanya nak main permainan ni. Kalau sebelum ni hanya mereka yang ada smart phone saja boleh main menerusi aplikasi yang disediakan, tetapi sekarang kat laptop pun dah boleh main. Kalau nak lagi best, cucuk kat kabel projector, pasang home theatre. Mesti anda semua akan betul-betul berada dalam dunia warna-warni Angry Birds ni. [Gila kentang, AnT nak try lah!]

Tak cukup dengan tu, siap ada T-shirt yang dicop dengan watak-watak Angry Birds lagi. Lagi? Ha, kotak pensel pun nak juga! Lagi dahsyat, sampai soalan fizik pun nak berkaitan dengan Angry Birds! Apa kes? Memang fenomena.

serang!!!
watak-watak yang digilai
nak beli lah!

boleh jawab?

Tapi tahu tak anda, terdapat mesej tersirat di sebalik permainan yang sangat ‘addictive’ ni. [Baca dengan mood serius] Tapi taklah sampai menjadi teori konspirasi agenda Freemason! Kalau kita lihat, burung-burung yang sesuka hati kita lontarkan untuk membunuh mangsanya sanggup mengorbankan diri masing-masing demi keselamatan ahli keluarga mereka. [Prinsip: you die, I die too] Musuhnya terdiri daripada khinzir-khinzir hijau yang tersenyum kambing hinggalah ke monyet-monyet riang. Kasihan kan? Sobs~


Jadi, pengajaran daripada permainan ni:
  1. Bekorban apa saja. [Tapi biarlah bertempat dan bersesuaian dengan keadaan]
  2. Tolong menolong amalan mulia.
  3. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
  4.  Hapuskan musuh selagi kudrat di badan.
  5.  Berjuang habis-habisan sehingga ke titisan darah yang terakhir.
the real situation???


Walau apa pun, jom main Angry Birds! [AnT dah tukar ringtone ke Theme Song Angry Birds!]

Thursday, August 11

Aku dan Puding Diraja

Ramadan akan melangkah ke hari ke 11 esok. Cepat juga masa berlalu. Nanti sedar-sedar dah nak raya. Entah cukup atau tidak ibadah kita untuk Ramadan ini.

Sebutt saja Ramadan, antara yang AnT suka ialah melihat ribuan pilihan juadah untuk berbuka puasa. Kalau boleh nak cari lain daripada yang lain. Contohnya kuih badak berendam yang kakak AnT beli minggu lepas. Tak pernah jumpa, apatah lagi nak merasa. Ok, sedap. Masin sedikit. AnT tak pasti asalnya dari mana. Pantai timur kot, sebab beli di Kuantan masa tu.

pelik, tapi sedap!!

Masa sekolah dulu di Pekan, Pahang, juadah yang terkenal di sana sebagai pencuci/pemanis mulut ialah puding diraja. Memang sedap. Selalunya RM5/bekas. Dalam tu ada jala emas, pisang, kurma, kekacang, kuahnya dan lain-lain. AnT dah lupa. 3 tahun dah tak makan. [Harapnya Sabtu ni dapat rasa, turun Kuantan lagi!!!] Malah ia juga mungkin dikenali sebagai identiti bandar diraja itu selain masakan opor. Nak cuba? Jom turun Pekan!!!

yang atas tu kuahnya

buat AnT terliur...