sejarah

Monday, February 28

Tak Nak Yang Lain!!!

Saat aku terpandang kau, hatiku sudah terpaut denganmu. Manakan tidak, wajahmu yang putih bersih, berbaju kuning keemasan terus menambat hatiku. Ketika itu, kau sedang bersama dengan teman-teman kau. Mereka cantik. Tapi kau lebih cantik. Aku tak mahu berlengah. Aku harus cepat. Aku tak nak terlepas. Ini peluangku. Aku tak sanggup melihat kawan-kawanku sudah mempunyai teman. 

**********

Suatu hari, aku beranikan diri, bertanya kepada ayahku, untuk mengambil kau sebagai teman hidup yang sebelum ini belum terisi. Bagaikan memahami hasrat hatiku, ayahku mengiakan hasrat aku. Aku bersorak gembira di dalam hati. Bagaikan diri ini terbang di awangan. 

Setiap hari aku menatap wajahmu. Tak pernah jemu. Walau sekalipun. Kita berbual-bual. Kau suka, aku suka. Aku suka, kau suka. Kau punyai satu hobi yang aku minati iaitu suka menyanyi. Hampir setiap lagu kau tahu. Kalau tidak pun, kau akan berusaha mencarinya daripada internet. 

**********

Namun, suatu petang kau mengadu pening-pening kepala. Kau kelihatan pucat. Sebenarnya aku sudah mula sedar yang kau sudah menunjukkan simtom-simtomnya. Namun aku anggap ia hanya sakit biasa. Keadaan kau semakin parah. Tengah malam itu, kau tetiba pengsan. 

Aku panik. Kau terlantar sakit. Rawatannya bukan di sini. Kita harus berpisah demi kebaikan bersama. Nasib baiklah ada kawan aku yang sudi menolong untuk menghantar kau ke sana. Khabarnya kau akan sembuh cepat, namun aku tak mampu bertindak apa-apa. Jarak perjalanan ke sana penuh onak dan duri. Saat aku hendak melawat kau, ada saja halangan yang datang. Aku hanya mampu menunggu dan berdoa kepadaNya. Kosnya pula agak tinggi. Namun aku tidak cepat mengeluh. Aku berusaha mencari jalan penyelesaiannya.

*********

Mengapa kau tiba-tiba sakit di saat kita bakal menyambut ulang tahun kedua? Adakah kerana aku terlalu sibuk?  Tidak mengambil berat terhadap kau? Aku janji, selepas kau sembuh nanti kita akan lebih meluangkan masa bersama. Aku rindu saat untuk berbual, bergurau senda dan mendengar suara lunakmu itu. 

Sepanjang ketiadaan kau di sisiku, aku memamng kesunyian, serba salah dibuatnya. Keluh kesah. Sampai satu hari kawanku memperkenalkan temannya kepadaku. Aku tersenyum, tapi menangis di dalam hati. 

Semenjak itu, aku sering meluangkan masa bersamanya. Kami berbual-bual dan menyiapkan tugasan bersama-sama. Aku hampir terlupakan kau. Namun, dia dan kau masih berbeza. Aku cuba untuk terus setia kepada kau. Tak mahu curang. 

**********

Malam tadi, selepas aku habis meeting, sampai di bilik, rakan sebilikku yang tiba-tiba bangun dari tidur dan berkata, "Nah, phone kau dah ok. Ada masalah sikit, kena bayar RM*****." Aku tersenyum. Kini kau sudah ada di hadapan aku, wahai telefon bimbitku!!! Rindunya aku pada kau!!! Kau dah tak sakit lagi!!! Syukur kepadaNya~


~TAMAT~


<Cerita di atas ialah kisah benar, sebarang persamaan hanya kebetulan. Tiada kaitan antara yang hidup dan mati. Kepada yang sebelum ni tak boleh contact aku, sekarang dah ok! >



Sunday, February 20

~Demam Pilihanraya~

Pertama kali aku akan mengundi di kampus, sebelum ni di matrix, kurang hangatnya.

Biasalah, kalau dah namanya pilihanraya, kempen memang nak meletop! Poster dan flyers tak payah cakaplah, bertaburan umpama dedaun yang berguguran. Tapi, tak macam pilihanraya kat luar, semua banner, banting dan poster hanya hitam putih dan biru sahaja. Kalau nak berwarna warni, pergi Facebook, mesti kena tag dengan poster yang macam-macam, termasuk yang kita tak berkenan. Motif nak tag aku?

Kalau nak meraih undi, macam-macam dibuat. Itulah, inilah. Ada yang menaik, ada yang biasa-biasa saja. Terpekik terlolong tu biasalah. Tapi suasana di sini tak sehangat di universiti Lembah Klang sana. Lagi dashyat!

Kalau kat sini, hanya koyak-koyak poster saja. Tapi semasa rapat umum semalam, adalah insan yang membakar banner si dia. Apa kau ingat ni cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah" ke? Nak bakor-bakor? Sivik sangat! Tercemar sekejap udara di Tekun, walaupun aku di Fajar Harapan.

CCTV ada, kita tengok siapa yang nak jadi Usop, "Kita bakor jee"

Semalam rapat umum, tapi aku tak pergi. Teater "Si Tenggang" menjadi pilihan aku. Best! Mungkin malam ni aku akan ke padang kawad untuk rapat umum malam ni. Jom-jom!!! Aku nak merasa kehangatannya!!!

Soal nak pilih siapa, sendiri tahu la kan, takkan nak buat banner "Saya akan undi XXXXXXXX" Ideologi masing-masing. Tapi, satu yang saya tak suka, janganlah taksub sangat, benci! Kalau dulu mesra, takkan disebabkan PRK kita bermasam muka? Oh, lagi satu, jangan pakai topeng, kerana saya kenal sangat suara awak.


Nota kaki: makluman hari mengundi seperti berikut;

21 Februari 2011 di Kompleks Cahaya atau Desasiswa masing-masing bagi yang menetap di dalam kampus.
Bawa kad matrik dan IC!!!

Monday, February 14

Erti Cinta: 14 Februari atau 12 Rabiulawal?

Assalamualaikum semua!

Hari ini hari Isnin. Ya, memang hari Isnin. Tapi bagi sesetengah daripada kita, hari ini istimewa sangat. Terutamanya yang macam "belangkas" tu. Bagi umat Islam, kita tak pernah diajar untuk menyambut hari kekasih, hari untuk orang bercinta, hari untuk U and I, hari untuk bersama-sama sambil makan cotton candy yang berwarna merah jambu itu. Konon-kononnya sweetlah tu? "Oh, so sweat~"

Fahamkan?

Kenapa 14 Februari? Kenapa tidak 11 Januari? Bukan 25 Mac? Mengapa? Sedangkan kita dituntut untuk berkasih sayang, mengasihi sesama kita setiap masa. Apatah lagi mengasihiNya dan Rasul. 

Oh, jangan buat-buat terlupa pula, esok 12 Rabiulawal. Memang hari Selasa. Tapi buat penganut agama Islam, jangan tanya, "Ada apa dengan tarikh tu?". Mengapa kita perlu lupa tarikh itu, yakni tarikh penting dalam kalendar Islam?

Muhammad S.A.W. Rasul Junjungan 

Teringat zaman sekolah dahulu kala, betapa meriahnya sambutan Maulidur Rasul setiap tahun. Pelbagai pertandingan diadakan. Kini? Entah, senyap sahaja. Mungkin lebih kepada penghayatan secara individu, agaknya. 

Satu lagi kisah tentang 14 Februari. Imbau semula peristiwa di Bukit Kepong. Ini mungkin anda semua tidak tahu. Tarikh inilah pejuang bangsa kta, Leftenan Adnan terkorban dalam pertempuran menentang penjajah pada 1942. Tak percaya? Baca di sini.

Leftenan Adnan (1915-14/2/1942)

Jadi, harap anda sudah tahu hendak bercinta dengan siapa dan bila waktunya. Sekian.

Sunday, February 13

Ahad: Rehat, Akhbar Dan ...


Ahad menjelma lagi! Esok Isnin? Jangan kelam kabut, esok tiada kelas, apatah lagi hari Selasa, yakni cuti sempena Maulidur Rasul. Rehatlah anda sepuasnya!

Macam biasalah, kalau hari Ahad, pasti akan cari akhbar di kedai berdekatan. Saja nak tahu perkembangan semasa dunia, berita sukan (MU menang lagi, hasil jaringan gol Rooney ala-ala tengah libas bola takraw di jaring gelanggang) dan membaca rencana bagi menjana minda. 



            
                      Gol akrobatik!

Tidak kurang juga membaca gosip artis kita. Tapi niat aku agak terjejas dan terbantut pabila menyelak akhbar itu. Gaduh daja. Ingat industri pergaduhankah? Siap main maki-maki pulak tu! Dahlah guna laman sosial yang aku baru aktifkan malam tadi: Twitter.  Maka, segala jenis perkataan digunakan. Sampai aku kena Kamus Dewan Edisi Keempat, yang cover dia warna merah tu... Apakah? Tak malukah? (Promo: follow me @tandinae )


Cukuplah.Cerita lain? Alhamdulillah, Hosni Mubarak sudah berundur. Janganlah jadi di Malaysia. Maka, harapnya Mesir kembali normal, agar kawan-kawan aku dapat meneruskan pengajian mereka di sana dengan lebih aman, amin~


nota kaki: baru dapat tahu idola aku: Azizulhasni Awang gagal mara ke final acara pecut 200m individu pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2011 di Korat, Thailad. 
   

Saturday, February 12

Laporan Khas: U-Race

Wah, pertama kali ada laporan khas dalam blog aku! Haruslah, memori bakal tercipta ni!

Sebelum tu, terima kasihlah kepada MPD Fajar Harapan yang begitu bersungguh-sungguh melaksanakan program ini, dengan kerjasama Muzium & Galeri Tuanku Fauziah dan Majlis Belia P. Pinang.

Poster y best + hadiah lumayan!

Bermula di Tasik Fajar Harapan yang aman dan harmoni, dengan urusetia dan 3 kumpulan berbaju merah (ambil semangat Tahun Baru Cina, kitakan 1Malaysia!) pertandingan ala-ala Amazing Race versi Fajar Harapan pun bermula dengan jayanya.

daftar jangan tak daftar!

Cabaran pertama: mengasingkan beberapa jenis kacang, bak kata ketua pengarah projeklah. Ada kacang hijau, merah, putih, sagu dan beras. (Sejak bila sagu dan beras dikira sebagai kacang?) Dengan penuh kegigihan serta kerjasam yang padu, kami asingkan kekacang itu dengan penuh semangat! Pelbagai strategi dilakukan untuk mengasingkan sagu dan beras. Hipotesis pertama, letak dalam air, nescaya sagu akan timbul: gagal kerana kedua-duanya tenggelam begitu sahaja. Hipotesis kedua, tekapkan dengan jari telunjuk: berjaya kerana sagu agak tinggi berbanding beras, maka sagu akan melekat di jari kami yang berpeluh. Tak percaya? Cubalah! Selesai, next station!

Ah, ini aku agak lemah. Anyam 3 biji ketupat menggunakan daun kelapa yang tua dan keras! Nasib baiklah aku boleh buat, semua pulak tu! Takpe2 best! Dan tugasan tambahan, lengkapkan peta Malaysia. Kacang sajo, kata Geografi dapat A!

Mendapat petunjuk seterusnya, menyerabutkan keadaan. Bunyinya ala-ala ke arah tempat mencerap bintang di langit. Aha! Padang kawad, tempat astronomi dulu-dulu tu. Sampai di sana... mana checkpointnya? Kami patah balik, Falak agaknya. Oh, tidak! Dataran Bintanglah! Rugi hampir 20 minit! Stress! Malapetaka!

Oh, tidak! Malapetaka kedua! Kena makan bawang dan roti berperisa belacan terbaek daripada ladang! (Korang tau tak aku trauma makan bawang? Dulu Biosociety dera aku, sekarang MPDFH?) Redha. Mengalir air mata. Sebak. Telan saja. 

memamg kami suka makan bawang & belacan!!! (gaya SENTAP)
bawang = trauma


Dengan perut berkeroncong & menggelegak, kami berlari-lari ke Bangunan Canselori nun di atas bukit sana! Kemudian ke kawasan sekitar dan dalam Muzium tersebut. Main boling kelapalah, tangkap ikanlah (nasib baik bukan katak!), men"conteng" batiklah (faham-fahamlah pabila lima tangan bekerja untuk sebuah hasil seni teragung ala-ala Leonardo Da Vinci), berbalas pantunlah dan lain-lain.

On going~
"cantik" x?!!

Unik? seronok? Haruslah! Pertama kali dapat jadi "krew" persembahan wayang kulit, sebagai pemalu gendang. Kedua terbaik keseluruhan tu! Juga, dapat masuk dan explore muzium (tingkat atas tak sempat naik...)

wayang kulit!!!

Keputusannya: 

mereka menag, kami ke 4~
1. PETAS. Bagilah...
2. Apache. Bagilah...
3. Diva. Bagilah...
4. SENTAP!!!. Saje nak bagi yang kat atas tu menang...
5. GAPP. Sabar ye...

Walaupun kalah, kami tetap bergumbira! Go SENTAP Go!!!


Nota kaki: Tahniah Pengarah Projek U-Race yang berkaLEBAR, Tuan Afiq dan krew. Good job!!!


Tuesday, February 8

Facebook: Indah atau Malapetaka?

Berdasarkan pengalaman membuat akaun di laman sosial termasyhur ini, inilah yang aku rasakan.


Indahnya Facebook

- dapat dapat contact semula kawan lama ( sekolah, plkn, etc)
- share info, terutamanya untuk assingment. siap bincang jawapan kat group lagi tu!


- boleh buat aku ketawa (cth: komik lawak kampus dan video2)


- otak lebih kreatif (pandai-pandailah tafsir)
- tambah kawan, macam kawan aku: 2 akaun fb coz akaun pertama full
- buat bisnes ( cth: subjek keusahawanan sem lepas)


- promo blog aku~


Malapetakanya Facebook

- buang masa berjam-jam!
- assingnment tertangguh sampai jadi kusut melampau!
- sakit mata, badan, pening kepala sebab lama sangat masa untuk online
- mampu buat orang menangis, gaduh, benci, etc

- tempat menunjuk-nunjuk, mengutuk dan mengumpat

Monday, February 7

Mesir dan Malaysia

Oh! Dahsyatnya krisis di Mesir ketika ini! 2 puak saling menentang kerana satu nama. 

Seluruh dunia sedia maklum. Yang tempiasnya, sudah tentu mereka yang menetap di sana. termasuklah pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sana. Ya, beberapa kawan aku juga di sana. Alhamdulillah, mereka selamat. Tapi agak lewat untuk pulang ke tanah air. Seorang daripada mereka sekarang di Jeddah. Yang lain, tak pasti lagi. 

Mohon Malaysia tidak akan seperti ini!
Al maklumlah, ratusan ribu mahu keluar dar bumi Mesir ketika ini. Berebut-rebut. Namun terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas proses pemindahan yang amat besar ini. Tak dapat dibayangkan, sesaknya lapangan terbang di sana. Jalan laut juga. Darat, entah.

Kalau di Mesir sesak kerana mahu keluar, Malaysia lan pula gayanya. Mengambil contoh di LCCT beberapa tempoh hari atas urusan tertentu, keadaan amatlah sesak, walaupun jam 6 pagi. Semua ingin menuju ke destinasi masing-masing. Dengan begnya, keluarga dan rakan yang mengiring. KLIA? Tentu lebih sesak, agaknyalah. 

Oh, terkeluar sedikit daripada topik. Harapanya, semua rakyat Malaysia di Tanah Arab sana, moga kalian selamat. Kita tunggulah mereka dengan penuh kesabaran, doakan keselamatan dan kelancaran perjalanan mereka. Serta, minta jangan dipolitikkan hal ini ya wahai rakyat Malaysia!

Tuesday, February 1

WWE. Perlu?

Bukan WWF tapi WWE. Wah Wah Excellent ker? Bukanlah. World Wrestling Entertainment. Ye kot.


masa nak cari logo ni, jumpa ehem2... adeh~

Sampai sekarang aku tak tahu motif ditayangkan di televisyen. Stesen TV Malaysia pulak tu. Dan waktu yang agak perdana laa. Serta malam Jumaat. Malam yang tenang sepatutnya, tapi tercemar sedikit. Sedikit? Banyaklah. Kalau ganas tu ok lagi la, kot, tapi elemen lain masuk. Faham2 jelah. (takkan nak tunjuk gambar ehem2 tu kat sini kan?) Baik lelaki ataupun perempuan. Samo sajoh! Ish3.

Yang seronoknya, ingat lagi masa sekolah rendah dulu, masing2 dah terpengaruh buat gaya wrestling bila gaduh main2. Sekarang lagi lah kan?

*jangan hairan masalah disiplin adik2 kita tak selesai*

DPNC Pertama


DPNC. Stands for Debat Piala Naib Canselor, 2010/2011. Di USM Kampus Kesihatan, 21-23 Januari 2011.

Pertama kali masuk team. Selama ni follow team varsity. 

Dengan girangnya kami bertolak ke Kelantan pada 20 Januari. Namun kegirangan agak terjejas apabila merentasi banjaran titiwangsa yang... aduh... Serik nak lalu situ lagi. Mabuk kami dibuatnya. Oh, aku tak muntah ok. Flight je la lepas ni. =)

Untuk pusingan awal, kami telah lawan team2 dari Desasiswa Jaya, Saujana, Cahaya Gemilang, Nurani B dan Aman Damai. Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada kami untuk semua sidang.
Melangkah ke semi final, sekali lagi bertemu Aman Damai. Aduh, tersekat peluang untuk membawa pulang piala ala2 Anugerah ERA dulu ke Fajar Harapan. Takpelah, tiada rezeki. Tahun depan pula!!!


inilah piala idaman semua walaupun banyak cap jari
ada iras2 tak? inspirasi kot~


Memandangkan sudah kalah, malamnya kami ke WCY. Apa tu? Wakaf Che Yeh laa.. 3 jam, 14 kali round. Tapi akan ku ingat baju "dan" dan "golf".

Ok, final, Aman Damai lawan PETAS (Persatuan Pelajar Tanpa Asrama). Aman Damai menang. Cemburu ni. =)

Oh, penghargaan buat insan2 berikut:
-team FH (bukan FT ok) ; Afiq, Abg Arie, Aswad, Wan Yin n
-Kak Farah (Pengurus), Abg Izwan J, Kak Huda dan semua MPDFH 2010/2011
-researcher2 yang gigih!
-trainer, senior n kwn varsity


Semoga DPNC sidang depan milik Fajar Harapan!!! Amin~

Kembali Bernafas

Akhirnya, dapat juga post entri hari ni. Al maklumlah, laptop aku dan broadband aku kurang serasi nampaknya. Oh, bukan kerana banjir ya! Nasib baik tempat aku kurang terjejas walaupun hujan tak henti-hanti, ibarat sedang mandi di bawah shower.

_adakah hari ini aku akan post banyak entri?_