sejarah

Sunday, April 3

Aku, Biologi dan Fotografi

Biologi. Ya, satu bidang sains yang aku minati sejak sekolah rendah lagi. Pada mulanya cinta terhadap biologi mula berputik apabila semasa kecil aku kerap menonton rancangan berbentuk dokumentari seperti National Geographic bersam keluarga. Kemudian, semasa sekolah rendah, aku mula berjinak-jinak dengan sains. Masih aku  ingat, eksperimen sendiri-sendiri pertama aku ialah menanam benih kacang hijau, hanya menggunakan tisu sebagai medium untuk pertumbuhan. Aku letakkan di dapur, di dalam peti sejuk dan tempat gelap. Sama seperti dalam silibus sains. Dari situ aku sudah teruja! 

Meningkat ke alam sekolah menengah, aku semakin minat terhadap sains. Apatah lagi apabila mempelajari biologi semasa tingkatan 4 & 5. Kemudian ke zaman matrikulasi, pembelajaran semakin dalam, aku terokai dengan penuh minat. Sambil itu juga, aku mengagumi ciptaanNya. Alhamdulillah.

Melangkah ke alam universiti, aku terus fokus dengan bidang ini. USM: universiti yang aku catatkan sebagai pilihanku pertama aku untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi semasa kem motivasi UPSR 2003. Tak sangka, aku dapat masuk USM. 

Biologi Gunaan atau Applied Biology, akan memfokuskan terhadap 5 bidang utama yang akan dipilih semasa tahun kedua pengajian. Bioteknologi, Pengurusan Vektor dan Parasit, Akuatik, Persekitaran dan Agrobiologi. InsyaAllah, Biologi Persekitaran akan aku pelajari untuk tahun kedua dan ketiga.

Minat terhadap biologi tidak mungkin aku lepaskan begitu sahaja. Untuk itu, aku adunkan bersama satu lagi minat aku iaitu fotografi. Buat masa ini, cukuplah sahaja dengan kamera digital biasa, belum mampu untuk DSLR. Daripada fotografi, perspektif atau pandanagn kita akan lebih jelas dan mempunyai intepretasi yang tersendiri!!!






Nota kaki: semua nia aku snap sendiri by using DSC-W350 Sony Cybershot!

2 comments:

  1. wow,, we both have same passion in biology n photography..

    ReplyDelete
  2. nice r picture tu... cuma gmbr yg last tu kureng sket.. hahahha

    ReplyDelete