sejarah

Thursday, September 23

sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

ada mulut? alhamdulillah, boleh makan, boleh minum dan juga boleh bercakap...
sebut pasal cakap ni, saya ada sesuatau y nak dikongsikan bersama..

ramai org berpendapat, nk bercakap dpn org ramai mmg susah... kecut perut dibuatnya!!! sama seperti saya... "karier" saya utk berckp di hdpn khalayak ramai bermula seawal 5 tahun.. terima kasih byk kpd cikgu tadika saya, cikgu jariah namanya.... nak dijadikan kisah, saya dipilih utk mewakili tadika ke pertandingan bercerita peringkat daerah rompin, pahang... dalam bi pulak tu!! wow, mmg cuak tak terhingga, tapi masa tu mcm takda perasaan jer... biasa2 jer bila naik atas pentas.. walaupn x menang, tapi sekurang2nya dapat kemahiran di usia awal... seterusnya, masih di ingatan saya, saya sekali lagi terpilih untuk membacca teks ucapan, wakil murid tadika-tadika di kawasan berhampiran di hadapan lebih 400 orang!!! aduh, dah laa demam, tapi nasib baik ok jer...

di sekolah rendah, menengah, plkn, matrix n skrg di u pon masih suka bercakap... masih menimba ilmu yang luas dalam bidang ini.... daripada bercerita hinggalah ke arena perdebatan.. pengalaman yang mungkin xdpt dilupakan ialah semasa perhimpunan rumah sukan mingguan di sek menengah... sbg ketua aras asrama, saya perlu menyampaikan laporan!! aduh, entah mengapa, saya kekurangan idea,, mungkin, gagap tak tentu pasal!! ucapan saya diselangi dengan err.... errrr... eerrr... habis semua ahli rumah sukan tersenyum2 n ada y tergelak2... ada juga y mengejek!! takper, saya yakin itu salah satu daripada proses pembelajaran.... 

sebenarnya, "ilmu dalam bidang cakap2" ni mmg luas... semasa peramah 2010, saya cukup kagum dgn peserta n alumni yang hadir... pelbagai gaya, daya penarik, kemahiran dipelajari... melaluinya juga, kita dapat membina keyakinan diri dalam menyampaikan hujah di samping mengukuhkan lagi kemahiran insaniah or soft skill.. amat berharap untuk menjadi seperti mereka, setanding dengan mereka... yeah!!!

~perlukah membenci debat? pernah pulak saya membencinya... i like~


p/s: setuju sangat dengan motto kelab bahas, "dengan kata2, kami meguasai dunia"


Monday, September 6

kesah ramadhan di bandar diraja

salam kuih bahulu!!!

ramadhan di sekolah mmg terbaek! sahur hari pertama setiap tahun mmg akan panjang laa beratur kt dwn makan, kebulur kot! tapi, lama kelamaan, makin surut, biasalah kan... uniknya semasa ramadhan ni, since budak lelaki ni mmg kreatif, satu pasukan pancaragam ala2 tentera ditubuhkan khas untuk mengegarkan blok asrama lelaki utk bangun sahur... mmg menyakitkan telinga 400 org pelajar lelaki, tapi bdk perempuan pon tersedar jugak dek kebisingan yang tiba2 memecah keheningan pagi ramahan yang mulia...(agaknya laa)then,  kalo sesiapa yang rajin, lepas sahur, say up 4 stadi, bagos!

sekolah seperti biasa, prep juga sepeti biasa... time balik prep petang, sure akan serang bazar depan surau ramai! mmg meriah! macam2 ada... puding, kek batik, air buah2an, etc biasanya ada 3 gerai: gerai prefect, ex-makcik kantin n baiah(badan agama sekolah) masing2 buat muka kebulor tahap maksima...

time berbuka @dwn makan, haa, mmg best, masing2 menunggu dengan sabar yang amat sangat. 4 tahun pertama aku kat sekolah, bunyi meriam dari istana kot, dilaksanakan oleh pegawai polis katanya, merupakan satu drpd tanda dah masuk berbuka, mmg ditunggu, BOM!!! (kemudian disambut dengan suara lega yang tak boleh blah oleh  700 org budak : HAAA~, mmg best!) tapi masa form 5, dah takda daa since pejabat polis dah pindah tempat lain... 

tarawikh? huh, full... hek3 biasalah... mmg meriah, imam pulak variasi: baiah, ustaz, budak sekolah tahfiz, etc... kemudian, baru g prep malam, stadi~ ... kalo ada turn tadarus, pergi laaa n dpt additional moreh...  balik prep malam, moreh juga di dwn makan... nasiblah, kadang2 bubur lambuk masin, murtabak cecah bawang merah pon ada...

itulah kisah ramadan di sekolah aku yang tercinta...
kelakar, seronok, di samping dpt mendekatkan diri kpdNya...
alhamdulillah~