sejarah

Sunday, April 3

Aku dan BioSoc

Mustahil kalau ada pelajar Bio USM tak tahu apa itu Biosociety aka BioSoc. Aku mula kenal BioSoc semasa hari bertemu Pusat Pengajian lagi. Aku dan rakan-rakan didedahkan dengan info-info tentang BioSoc. Kemudian, kami diberi borang, untuk memohon menjadi wakil pelajar tahun 1 (WP1). Dengan agak ragu-ragu, aku pun isilah, mana tau dapat. Kan?

Setelah beberapa minggu, kawan-kawan aku mendapat mesej, "Anda terpilih sebagai wakil WP1 BioSoc" Aku?  Ah, berdiam sahaja, anggap tiada rezeki untuk mempelajari selok belok kepimpinan di USM. Diamkan saja hati yang lara. [~.~]

Namun, orang kata, rezeki tak ke mana. Rupa-rupanya aku terpilih sebagai WP1, namun namaku tertinggal dalam senarai untuk first meeting. Hu3. Alhamdulillah. Bermula daripada itu, aku sertailah dengan aktifnya dalam BioSoc. Dari Family Day sebagai peserta, hinggalah ke Majoring Talk sebagai pengarah projek. Terima kasih kerana memberi aku ruang dan peluang. 




31 Mac 2011: AGM BioSoc. Ia dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, solat hajat, bacaan yasin dan solat isyak berjemaah. Selesai tapuk kepimpinan melepaskan jawatan-jawatan mereka, tibalah masanya untuk mengetahui siapakah yang bakal menerajui tampuk kepimpinan seterusnya. 

Dimulakan dengan Ketua-ketua Exco dan Exco. Aku tiada dalam senarai. Ah, ini satu tanggungjawab yang besar. Kemudian MT. Satu tanggungjawab, kepercayaan yang penuh diberikan kepada aku. Ikrar dibacakan, terasa satu lagi beban harus aku pikul bersama sahabat-sahabat aku. Masih aku ingat ucapan Ramdhan, lebih kurang begini, "Ini adalah amanah, bukan untuk dimain-mainkan".

Ikrar dan tanggungjawab

Sekalung penghargaan buat MT dan Exco BioSoc 2010/2011 atas kepercayaan yang diberikan. Diharapkan kami akan dapat memegang tampuk kepimpinan ini dengan lebih baik dan meneruskan legasi kepimpinan yang cemerlang anada semua. I Love BioSoc!!!

No comments:

Post a Comment