sejarah

Sunday, October 2

Aku dan Semangat Ibu bapa

Hidup ini penuh suka dan duka. Pabila suka, kita bersemangat, pabila duka kita putus asa. Kita akan memberontak. Semua ingin dipersalahkan. Adakalanya, kita menjadi tidak terkawal. 

Baru-baru ini AnT mengalaminya. Sangat-sangat "down" untuk mengulangkaji pelajaran. Tidak lama, mungkin, seharian.

Lalu AnT menelefon ayahanda dan bonda di kampung. Berbual, bertanya khabar, mengeluarkan suara ceria. Seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Alhamdulillah, umpama magik, AnT kembali bersemangat untuk belajar. AnT sedar, mereka mengharapkan sesuatu, iaitu kejayaan. Bukan sahaja di dunia, malah di akhirat. 

AnT pernah teringat kata-kata daripada motivator AnT, "Kalau nak tahu betapa penatnya mereka berusaha untuk membesarkan kita, lihatlah ibu bapa anda ketika mereka sedang tidur."

Satu yang AnT ingin nasihatkan kepada kawan-kawan, kenanglah jasa ibu bapa masing. Telefon, pulang ke kampung, salam, cium tangan mereka. Jika sudah tiada, doakanlah kebahagiaan mereka di sana. Daripada mereka, kita mampu melihat dunia.

Terima kasih mak, ayah!


p/s: Menitis air mata tiap kali mendengar lagu di bawah ini.