sejarah

Saturday, April 30

Media dan Politik

Petang tadi, macam biasa aku lapar. Jadi, bergerak ke cafe lah nampaknya. Takkan nak masak pulak! 

Maka, nak dijadikan cerita kami pun bersembang-sembang sampai keluar skop penceritaan seperti di atas. Kawan aku cakap, di Malaysia ni ada dua bidang yang kontroversi. Tu yang aku tulis kat atas tu. Nampak? Kenapa tak Sains? [Bukan back up bidang aku ok!] 

Kalau kita tengoklah kan, pernah baca surat khabar yang tak pernah keluarkan topik sensasi? Sampai nak menjerit satu Malaya bila baca Headline, ditambah dengan gambarnya? Pantang salah sikit, habis nak digembar-gemburnya macam nak rak! Rogol, liwat, khalwat, rasuah, bomoh, curang. Macam tak biasa saja baca surat khabar. Haish!


Apakah????

Itu yang pertama. Kedua, walaupun aku belum 21 tahun, haruslah kan nak ceburkan diri dalam dunia politik ni kan? Senang kata nak tahu perkembangan semasa dunia politik. Nanti bila ditemuduga taklah terasa bodoh sangat macam bukan rakyat Malaysia, sampai tak tahu perkembangan semasa. 

Masalahnya, berdasarkan tinjauan aku, [Rajin tak aku buat tinjauan? Mampu?] kebanyakan kawan aku tak suka politik sebab kedua-dua belah pihak main kotor! A kata B salah, C kata A salah, B kata C salah. Apa kes? Kadang-kadang aku menyampah juga bila mereka sengaja timbulkan sesuatu isu dan sampai sekarang berlarutan. Huh!


Malah, kawan aku tak mengundi masa pilihanraya kampus baru-baru ni pun sebab dia  tak nampak apa yang sepatutnya ada pada dunia politik kampus tu sendiri. [Kecilkan skop pulak, dari Malaysia ke kampus, bukan apa, bahaya cakap lebih-lebih ni!] Betul jugak kawan aku ni. Haish!

Jadi, macam mana ni? Bila nak maju? Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi!



Nota buku lali: Style tulis tajuk dah lain! Tiada lagi Aku dan _________. Mengapakah???

2 comments:

  1. amboi, kemaen menulis pasal media, budk komunikasi pun tak tulis. hehehe.

    tebaek!

    ReplyDelete
  2. haaa... tu la pasal.. mampoo?? hahaha

    ReplyDelete