sejarah

Tuesday, December 28

Paip Yang Tiada Air

Seluruh Pulau Pinang tiada air. Termasuk USM. Oh tidak~

Seperti zaman asrama dulu-dulu, bangun seawal 5.45 pagi untuk mandi. Kalau dulu, junior kena mandi awal, pukul 6.30 baru senior mandi. Kemudian pakai baju sekolah. Kalau tak iron lagi, kena iron dulu. Kemudian solat dan seterusnya bersarapan di dewan makan. Rindu betul suasana tu. 
kalau macam ni, still ada air, oklaa...

Dan hari ini, situasinya hampir sama. Bilik air tiba-tiba menjadi meriah dengan jirusan air. Semunya gara-gara untuk mengelakkan badan berbau semacam dek ketiadaan bekalan air bermula 7 pagi hingga 7 malam. Best juga mandi awal pagi ni. Kalau tidak, hmmm...

Bak kata-kata kawan aku di Facebooknya, "Sesungguhnya dengan kuasaMu, air yang mengalir tenang mampu mengejutkan seluruh umat manusia". Terus aku like status dia. He3. Ketiadaan bekalan air juga menyebabkan catuan air terpaksa dilakukan, walaupun tadahan air disediakan.  Kenalah berjimat, kan?

Akhir sekali, "Sayangilah Sungai Kita". 
(Motif?)

Sunday, December 26

Coretan Semester Kedua

Lama tak menulis. Al maklumlah, agak sibuk dan lebih malang lagi, komputer riba aku sedang sakit.

Hari ini 26 Dis 2010. Trauma bencana tsunami masih segar dalam ingatan.

Esok akan bermulalah semester kedua aku di kampus. Tampil dengan azam baru, mahu memecah tradisi. Tradisi apa? Semua orang tahu, mehu yang lebih baik daripada semester lepas.

Biarlah kanak-kanak hingusan ini berenang sendiri di lautan penuh mencabar sebagai seorang mahasiswa. Adakalanya jerung megejar, adakalanya hanyut dibuai ombak. Tapi, kadang-kadang aku memerlukan kompas dan nakhoda di kapal untuk sampai ke daratan dan seterusnya mendaki gunung ke puncak awan.



Thursday, December 16

Hari Ini Hari Khamis

Memang dah lama tak menulis ni. Al maklumlah, agak sibuk kebelakangan ini.

Biological clock pun dah rosak sikit, harap-harap dapat dibaiki secepat mungkin. Dan, kini, jam 7 pagi, saya masih belum tidur. Kejap lagi lah, atas bas baru boleh tidur. Bukan sebab sibuk main game online, apatah lagi berdansa di disko.

Harapan malam tadi untuk melihat meteor shower masih lagi tidak kesampaian. Nantilah. Agaknya.

Sekejap lagi, aku akan pulang ke selatan tanah air. Ada hal penting di UTHM. Debat Diraja 2010. Bukan sebagai tunjangnya, hanya sekadar dedaunnya. Selamat berjuang kesemuanya!

Diharapkan hari Khamis, dan seterusnya merupakan hari-hari yang ceria dan diberkatiNya.

Amin~

Wednesday, December 1

Perihal "CINTA" : Bahagian 3

cinta lagi. serius sikit. tapi tak perlu buat muka serius. nak buat pun boleh.

ini cerita cinta terhadap ibu bapa kita. ingat, merekalah yang melahirkan kita ke dunia ini. hampir semua yang kita minta, mereka bagi. tapi ada juga yang tak bagi, semuanya untuk kebaikan kita juga. percayalah. semasa kecil. susu, baju baru, katil baru, lampin, dan macam-macam lagi. semuanya duit. tapi mereka tak kisah. kerja siang dan malam mencari nafkah.

itu baru satu hal, belum masuk lagi perihal menjaga akhlak ahli keluarga. kalu orang dulu-dulu, penuh pantang larang. itu ini tak boleh dibuatnya. berbeza dengan zaman sekarang. yalah, mengikut arus kemodenan yang pesat. tapi ada juga yang degil, tak mahu dengar cakap. berbuih mulut nasihat, leteran juga diberi. tapi telinga kita macam telinga kuali. takpun ada yang buat pekak seperti encik badak yang sedang berendam. macam-macam kes berlaku. contohnya pabila si anak teruna dan si anak dara nak keluar lewat malam. jalan-jalanlah katanya. ingatlah, awak tu manusia, normal, bukan nokturnal seperti kelawar. bila nak habiskan masa dengan keluarga jika tidak pada waktu malam? siang mereka bekerja, malamlah peluang kita untuk mengeratkan kasih. lebih-lebih lagi semasa makan malam. itulah waktu kita paling rapat dengan ibubapa kita. 

kita tidak diajar begini!

sekarang ni, siapa tak sedih tatkala membaca  berita tentang betapa derhakanya anak kepada ibubapa mereka sendiri. malah ada yang sanggup berbunuhan demi kepentingan sendiri. dadah contohnya. kita tak diajar di rumah untuk mengambil najis dadah! sebaliknya, kita diajar hal-hal berkaitan agama, nilai-nilai murni yang penuh kebaikannya. semasa sekolah rendah, baik lagi. menjengah ke alam sekolah menengah, naik hancur dibuatnya akhlak. bukan ingin menuduh sesiapa, apatah lagi semua orang, tapi fikir-fikirlah sendiri. ibubapa menghantar anak ke sekolah untuk belajar, bukan bermain-main. lebih-lebih lagi yang belajar di sbp, mrsm dan sekolah berasrama yang lain. kosnya amat tinggi. yuran dan duit poket sudah mencecah ribuan ringgit setahun. airmata ibu mana tak mengalir apabila mengetahui anaknya terlibat dalam kes-kes disiplin? harappan bapa mana yang tak hancur berkecai pabila kita teribat dalam kes-kes polis? janganlah cakap itu perkara biasa masa sekarang, tapi perkara yang biasa itulah yang bakal menghancurkan masa depan kita dan negara. 

mungikn masih belum cukup matang untuk memikirkannya, namun masa itu akan menjelma jua. apapun marilah berdoa untuk ibubapa kita tercinta.