sejarah

Friday, November 26

Penangan Maher Zain

Maher Zain. Anak sedara aku berusia 5 tahun pun minat! Apatah lagi yang dewasa ni! Penangan Maher Zain memang besar buat kita, khususnya di Malaysia. Aku mula mendengar alunan muziknya sejak awal tahun ini tak silap. Lagunya For The Rest of My Life. Walaupun tak sesuai untuk aku yang single ini. (Statement) Kawan saya yang syorkan. Sekali dengar terus tersentap. Best! Soul music~ Cara dakwahnya berkesan menambat hati aku yang mendengarnya. 



Oktober lepas, dia datang ke Malaysia. Sayangnya, dia tak datang pula ke Penang! Ruginya. Peminatnya, baik laki atau perempuan. Semua suka. Malah, penghuni salah satu bilik searas dengan aku di kampus akan pasang lagu2 Maher Zain setiap petang ala2 konsert nasyid!. Nasib baik aku minat Maher Zain ni, kalau tak aku gegar bilik dia. Kemudian ada satu hari tu, di kafe tercinta, setelah selesai sebuah rancangan di TV3, muzik  video maher zain diputarkan. Semua orang di kafe terus memandang tv dan terpaku matanya ke kaca tv. Wah~

Apa2 pon , aku memang minat hampir semua lagu dia, walaupun roomate aku tak suka sangat Maher Zain ni. Adeh~





Thursday, November 25

Bahasa Kita atau Bahasa Mereka?

Serius tajuknya. Sebelum itu, adakah anda tahu Perkara 153 Perlembagaan Malaysia? Adakah anda warganegara Malaysia, namun tidak fasih berbahasa Melayu?

Saya masih yakin, ramai yang akan angkat tangan, tanda menjawab persoalan di atas. Paling kurang pun, tersentap. Itupun jika masih berperasaan. Nama sahaja warganegara Malaysia, tapi masih tidak fasih berbahasa Melayu. Ada yang memberi alasan, malu! Bukan beremosi, tapi kita perlu tegas apabila berbicara isu ini. 

Namun saya juga pelik apabila ada warga asing begitu berminat untuk mempelajari bahasa Melayu, sedangkan ramai antara kita tidak berminat langsung! Paling dekat dengan kita, sudah tentu pekerja asing yang majoritinya terdiri daripada warga Bangladesh dan Pakistan. Dalam masa yang cukup singkat, mereka boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu. 

bak katanya, gigi putih

Kemudian, Ben Bradshaw merupakan antara individu yang saya kagumi. Setelah menonton videonya di Facebook dan Youtube, saya suka usahanya. Dia yang pernah tinggal di Sarawak, boleh berbahasa Melayu dengan agak fasih. Ditambah dengan elemen humornya, dia mampu mengajar kita berbahasa dengan betul. (Klik di sini untuk tonton videonya!)


Olga Vadimovna Vasilevskaya, juara PABM 2008

Saya fikir mungkin kita perlu membawa golongan yang malu untuk bertutur dalam bahasa ibunda ke Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri setiap tahun. Mungkin mereka akan sedar bahawa bahasa Melayu ini berada di persada dunia. Perlukah? Fikirkanlah.

Cukuplah kupasan ini. Risau lebih ramai yang akan tersentap!

Setuju dengan artikel ini? > > > Tidak peduli Bahasa Kebangsaan kian ketara

Pabila Google dan Facebook Salah Step!

Pernah tak Google atau Facebook menggila pada saat anda memerlukannya sebagai medium untuk mencari bahan dan menghubungi kawan2? Ho3. Kalau pernah, kita senasib. Tak nak cerita panjang2, tengok jer gambar2 di bawah ni!

1. Google
apakah itu marchantia? inilah dia...


namun, apabila dicari wallpaper marchantia, pulak dah... kalau MU takper gak!

2. Facebook
kalau tiada mesej masuk, tak perlu lah bagi tau. nasib baik tak negatif!

ada sesiapa nak lawan bilangan notifications? ha3


Buat pengetahuan semua, ini bukan selepas diedit tau! Apatah lagi superimpose! Hanya dengan bantuan software Super Screen Capture. Enjoy!





Wednesday, November 24

AIDILADHA sebagai perantau

salam aidiladha (saya tahu entri ni delay)

pagi aidiladha jauh berbeza 1431H. maklumlah, sebagai perantau. jauhlah juga, over d bridge, fantasy island. 
macam biasa, pagi aidiladha pergi menunaikan solat sunat aidiladha. semangat. walaupun tanpa keluarga tercinta pada tika itu. relax2. aku dan kawan2 terus bergerak ke masjid. ada yang bersampin, ada yang berkain pelikat. style masing2. selera masing2. duduk di dalam masjid terus bertakbir.

selesai solat sunat aidiladha,, terus balik ke bilik. alhamdulillah, aku diajak oleh kawan aku untuk beraya di rumah senior. walaupun tak kenal dan tak terlibat secara langsung dengan organisasi mereka. raya kan. sebelum gerak ke rumah tersebut, sesi fotografi dan videografi diadakan. 

makan dan makan. kenyang betul. memang raya. makan dalam dulang. macam di johor! teringat telok sengat. sebab disitulah aku mula2 makan dalam dulang. teringat juga nasi ambang. katanya, sesuai dimakan dalam dulang. mengeratkan silaturahim, sedap pon sedap. 

meriah!!!
kemudian kami bergerak pula ke rumah kawan aku. sekali lagi makan. memang raya. setelah beramah mesra dengan parentsnya, kami beredar pulang, selepas menunggu satu lagi rombongan senior sebelum ini. tiktok2, dah jam 3. mata dah ngantuk, badan dah penat. letih teramat. 

walau apapun, thanx buar kawan2. best!!!


Friday, November 19

Suka Duka Exam!

coretan peribadi, tiada kena mengena kalau siapa yang terkena atau dikenakan pengenaan aku ni:

  • genetics: subjek yang urgh, susah kalau tak baca! ok la~
  • bm: lenguh tangan aku! jauh pulak tu tempat exam! (naseb bek ada transport)
  • bi: ok la~ but, essay tak panas lagi dah stop
  • kimia: dah dijangka tahap kesenangan n kesukarannya
  • biochem: banyaknya objective questions! test = final?!!!
  • ramai yang suka keluar awal, aku pulak tak suka, keculai masa biochem
  • pengeluaran mereka dari dewan periksa mengganggu kosentrasi aku! huh!
  • meja kecil sangat~
  • lepas habis exam, meriah macam ada karnival apa jer, sesak!
  • staadi macam nak apa jer, huh!
  • pemula dan akhiran exam = demam sikit2 (demam2 manja)
  • semua jadi gigih membaca
  • perut sentiasa lapar kerana otak penat bekerja
  • pertama kali deactivate fb, nak fokus katanya. berkesan kot! katanya
  • tak lah stress sangat2, tap kadang2 ye jugak!
  • terpaksa beraya di perantauan, over bridge tu!
  • timbul rasa nak buka n highlight buku tebal
  • bilik berserabut
  • kenapa rumate balik awal!!!
  • dll~



begitulah, rona2 exam!!!

Saturday, November 13

Perlukah begitu? Oh, remaja!

Salam Sabtu.


Petang tadi, aku dan kawan-kawan tunggu bas pulang ke kampus. Lamanya. Tunggu di perhentian bas, betul-betul depan pintu masuk QB. Tunggu jela, yelah, separuh hayat manusia kerjanya menunggu. Itu yang aku bacalah. Tak tahu sejauh mana kesahihannya. 


Tengok gelagat orang. Semua muka ceria. Baguslah. Tiba-tiba, cacat pandanganku. Tiga makhluk berjalan ke arah pintu masuk QB. Atas kepalanya macam ada durian, tercacak tajam. Cicak jatuh mesti mati ditikam secara tidak langsung. Kasihan. Setelah ku teliti, manusia rupanya!!! Oh, tidak! Kemudian, kebetulan sebelah QB ada pesta kereta, tiba-tiba, "Bro, sikit rambut!", jerit deejay kat situ. Tiga kali diulang. Mereka buat muka tak puas hati. Terasa kot. Aku dan kawan2 gelak dalam hati sambil geleng2. 


Itu baru satu, kelompok kedua, melepak, mecangkung, di tepian pintu masuk. Percampuran gender di situ. Manusia juagak kah?!!! Ish2 Malu lah, Melayu pula tu! Yang lelaki rambut dan pakaian pelik2, perempuan macam nak pergi mandi sungai. Tau la Malaysia ni panas, walaupun di utara banjir. Jimat kain kot. Umur? Macam 15-17, sekolah lagilah kan? 


"Agak2nya, jin pun gelak tengok dorang!!!", sampuk kawan aku. Aku mengiyakan. Apa nak buat? Takkan nak cubit mereka pula. Pengaruh yang kuat, mungkin. Kalau dalam karangan, selalu aku tulis, marilah bersama-sama menyelesaikan polemik ini, sebelum nasi menjadi bubur. Boleh, kalau nak. Ikut hati. Tapi, harap boleh.


Bas dah sampai, kami terus pergi. Membiarkan mereka di situ. Harapnya sebelum Maghrib mereka pulanglah ke rumah. 

MEGAMIND: 3D, 4D?

Salam ceria!!! 

Sabtu yang suka ria. Selepas seminggu memerah otak untuk 4 paper, masa untuk berehatlah kan. Apalagi, seperti tertera di atas. He3. 

Sejak dua menjak ni, nak sangat tengok wayang 3D. Teruja sangat kot. Pertama kali menikmati teknologi 3D ialah semasa aku kecil2 dulu. Rancangan 3D di TV3. Darjah dua rasanya. Sekejap je. Kemudian, pertengahan tahun lepas, hasrat nak tengok Shrek in 3D, hasrat tak kesampaian. Nasib baik hari ni dapat, tu pun nyaris2 tak dapat jugak. 

Tapi teknologi 3D dalam Megamind taklah begitu membuatkan aku teruja. Boleh laa. Kurang scene yang 'terkeluar2' objek dari skrin yang besar tu. Aku lebih teruja tengok iklan "coming soon movie" sebelum wayang tu. Cerita apa, aku tak ingat. Yang pasti pasal beruang. Habis aku kena "simbah" air. Nasib baik tak basah!






poster yang best!


Cakap pasal 3D, bila nak tengok movie in 4D ek? wah, aku teruja sangat2. Pernah la sekali, aku alami teknologi 4D theater semasa Malaysia Space Space Adventure (MISA) di Putrajaya pada 2008. Kerusi terangkat2, muka pun kena sembur dengan air. Teruja!

~aku gilakan 3D, 4D, HD, and macro~