sejarah

Wednesday, March 14

Aku dan Suatu Petang

Petang menjelma seperti biasa. Kehidupan di menara ilmu, di pinggir bandar sibuk utara Malaya. Dalam kamar kediaman, aku sibuk meliar mata di paparan teknologi, sambil jari jemari pula sibuk mencari huruf rumi. 


Telinga terdengar banyak benda. 


Pertama sudah tentu deruan enjin membebaskan monoksida ke udara. Tayar dua, empat dan lebih. 

Kemudian, tiupan wisel juga ada. Tidak henti-henti. Tidak pasti kenapa. Mungkin orang penting mahu lalu. Atau jalan sudah penuh, pemandu tertekan, maka datang mereka melancarkan keadaan. 

Ketiga, kicauan haiwan bersayap, melebarkannya di udara. Kesian dia. Mungkin di rindukan suasana 50 tahun dahulu. Berdansa bebas di udara.

Apa yang pasti, bersyukurlah dengan nikmat Yang Maha Esa. 


...Wasalam...

Thursday, February 23

Aku dan Awal Semester

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 


Semester kedua bagi sidang akademik kali ini, 
semester keempat bagi AnT. 

Separuh jalan sudah ditempuh, 
separuh lagi untuk berhadapan
dengan hari kemuncak 
di Dewan Tuanku Syed Putra. 
Mungkin September 2013.

Walau apapun, 
semoga berjaya kepada kawan sekampus. 

Semoga kita dapat berada 
di puncak Menara Ilmu 
dengan senyuman dan kepuasan. 
Amin!






Wednesday, December 21

Aku dan Rangkaian Sosial

Sabtu ini AnT akan mula berjumpa lagi dengan "Study Week" buat kali ketiga. Mengikut tradisi di kampus, AnT akan deactivate Facebook. [Budaya kampus buatan sendiri] Bukan apa, saja tak nak serabutkan keadaan. Lagi-lagi dengan isu mahasiswa yang semakin menggedik. Kalau sikit takpelah, ini dah sampai tahap wajib kena ludah lempang. Isu apa? Faham-fahamlah.

Kawan AnT kata, kita kena ambil tahu juga isu-isu ini. Penting, masa depan kita. Ya, AnT akui. Tapi AnT nasihatkan, jaganlah terlalu taksub, sampaikan masih susah nak fahamkan istilah-istilah wajib faham dalam pelajaran.  Kenapa ek? Kepada sesiapa yang masih boleh membaca buku di tangan kanan, mencari isu di tangan kiri, silakanlah. Tapi ingat, kita datang universiti sebab nak belajar, bukan masuk akhbar sebab menurunkan bendera, meludah mahupun berdemo meronggeng di Pesta Penang 2011 ataupun menghayati Year End Sale 2011 di Queensbay.

Berbalik soal deactivate Facebook, semua terletak dalam diri (Adam, Dec 2011). Setuju dengan kawan AnT sorang ni. Kalau dah deactivate, tapi masih tak study tak guna kan? Tapi mesti ada yang tanya, kenapa nak deactivate, sedangkan kita akan boleh activate bila-bila masa saja? Sebabnya:

1. Kebanyakan nota dan bahan bacaan AnT simpan dalam laptop. Tak print [Lestari tak?] Potensi untuk terbabas ke Facebook amat tinggi.

2. Nafsu untuk check Facebook akan berkurangan. Sebab kita sedar, takkan ada orang akan tag, komen dan sebagainya.

3. Kalau nak tau isu semasa, tanyalah roomate kawan sekelas. Mungkin mereka tak deactivate Facebook. Kalau deactivate juga, nasiblah. Hadaplah buku dengan sepuasnya!

So, deactivate? Sekali lagi, semuanya terletak dalam diri. Kata dah matang. Kan?



Tuesday, December 20

Aku dan Pulau Songsong

"Kau ada fieldtrip ke?" tanya kawan aku.

"Aah, kat Pulau Songsong. Kitorang nak buat snorkeling sket". jawab aku dengan gaya penggerak Nat Geo Cahannel.

nak kerja sini boleh?

Sambil mukanya berkerut, satu soalan yang aku dah jangkakan, "Pulau Songsong? Kat mana tu? Kam2 sangat"

"Google Map kan ada, carilah sendiri", jawab aku selamba.


Ya, Sabtu lepas aku ke Pulau Songsong, Yan, Kedah. Tujuannya sebagai snorkeling dalam subjek Oceanography. Aku tak berniat nak buat laporan penuh, rasmi bagi fieldtrip aku, tapi ada beberapa kisah nak aku ceritakan. [Mood: Penglipur Lara dalam Nilapura]

Pertama, kami tiba sebagai pelajar yang mencari ilmu dalam komuniti nelayan di kawasan itu. Masing-masing ada ilmu tersendiri dalam ilmu laut. Bezanya kami masih muda, lebih saintifik, agaknya kot... Tapi mereka lebih cekap dan matang, belajar melalui pengalaman dan warisan turun temurun. Satu hal yang menarik perhatian aku. Mengenai istilah atau kalau dalam bahasa tingginya term, kot... [Tinggilah sangat!]

Mereka panggil air mati, kami panggil ... (dah lupa, teruknya!)
Mereka panggil 1 banih, kami panggil 30 meter.
Dan banyak lagi...

Kedua, tentang ilmu mereka terhadap alam. Mereka suruh cepat naik bot nelayan sebab takut tak lepas bila sampai muara. Betul kata mereka, akhirnya kami terperangkap lebih 3 jam di muara. [Selalunya air dari tali  air berdekatan dilepaskan, hari tu tak, karenah birokrasi agaknya] Nasib baik ada makanan, cerita dan kawan-kawan. Kemudian, mereka akan hanya pasang pukat semasa fajar menyingsing. Ya, betul, dalam Oceanography, ikan memang banyak ketika itu. 

tersadai

Ketiga, tentang pengorbanan mereka untuk menangkap ikan di lautan luas. Sanggup berada di bawah matahari terik, sedangkan kita asyik merungut apabila aircond rosak di dewan kuliah? Maka, aku tertarik denga status kawan FB aku, berkenaan betapa kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada. [Ingatkan nak copy buat tatapan semua, tapi dia deactivate...]

So, apa lagi? Takkan nak duduk diam saja dalam Golden Triangle ni! Jom snorkeling!



Sunday, October 2

Aku dan Semangat Ibu bapa

Hidup ini penuh suka dan duka. Pabila suka, kita bersemangat, pabila duka kita putus asa. Kita akan memberontak. Semua ingin dipersalahkan. Adakalanya, kita menjadi tidak terkawal. 

Baru-baru ini AnT mengalaminya. Sangat-sangat "down" untuk mengulangkaji pelajaran. Tidak lama, mungkin, seharian.

Lalu AnT menelefon ayahanda dan bonda di kampung. Berbual, bertanya khabar, mengeluarkan suara ceria. Seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Alhamdulillah, umpama magik, AnT kembali bersemangat untuk belajar. AnT sedar, mereka mengharapkan sesuatu, iaitu kejayaan. Bukan sahaja di dunia, malah di akhirat. 

AnT pernah teringat kata-kata daripada motivator AnT, "Kalau nak tahu betapa penatnya mereka berusaha untuk membesarkan kita, lihatlah ibu bapa anda ketika mereka sedang tidur."

Satu yang AnT ingin nasihatkan kepada kawan-kawan, kenanglah jasa ibu bapa masing. Telefon, pulang ke kampung, salam, cium tangan mereka. Jika sudah tiada, doakanlah kebahagiaan mereka di sana. Daripada mereka, kita mampu melihat dunia.

Terima kasih mak, ayah!


p/s: Menitis air mata tiap kali mendengar lagu di bawah ini.