sejarah

Saturday, April 23

Aku dan KFC


No Finger Lickin' Good anymore! Now: they transformed to new super power words that will attrract more "chickenholics" to their restaurants with So Good. [Apa kes aku speaking pulak ni? Dah la grammar tak mantop]

Sudah-sudah. Nak cerita ni, aku start makan KFC ni sejak dalam kandungan lagi. Ha. Kau pernah? Sebab itulah pantang nampak logo pak cik Colonel Sanders tu, macam melambai-lambai saja. "Marilah, marilah, makanlah KFC". Bukannya apa, aku nak tolong perniagaan KFC Malaysia ni yang dipegang oleh syarikat Melayu sendiri. Malah, Pizza Hut dan Ayamas pun dibawah naungannya. Bangga betul dengan perniagaan beliau. Katanya, nak pegang KFC bukan setakat di Malaysia, malah di rantau lain juga. Chaiyo!


Berbalik kepada perkara di atas, pasal transformasi [macam cara PM kita jer, nak transform2 ni], KFC baru saja ubah senang kata trademark dia lah. Slogan, baju staf, menu dan yang agak menarik, tiada lagi botol sos digunakan. Mereka gunakan dispenser sahaja. [Kalau kat KFC Sg Dua, Penang lah, yang lain tak tahu] Menarik-menarik! Maknanya tiada lagi kecurian botol sos di restoran KFC. Mambanteras jenayah, katanya. Selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) untuk membanteras jenayah melalui NKRA. [Google kalau kau tak tahu pasal ni]

Pasal menu, yang terbaru ada Chicken Chop. Aku dah rasa. Ok lah. Cuma tak pedas since dia guna Original Receipe. Kemudian, baru semalam aku try nasi ayam KFC, [Walaupun dah lama keluar] memang sedap! Kedua-dua menu tersebut hanya RM10 sahaja. Paling menarik, ada breakfast set. Agak-agak macam bosan nak sarapan kat kafe FH, maka marilah ke KFC Sg Dua. Konon-kononnya macam breakfas dekat McD lah. Ahaks! Paling best, kawan-kawan aku pun gila terhadap KFC ni, harapnya dapatlah menaikkan berat badan aku ni. [Desperate]

bagi besar sikit, baru terliur!
melting cheese on the top!

KFC vs McD???

Nota kaki: Macam duta kecil KFC pulak! Dan, bukan setiap hari aku ke KFC ok. Tapi kalau dibelanja ok jer. =,=

1 comment:

  1. lepas bace je terus je rase nak pegi kfc skang jugak....
    time kasih la sebab bejaye buat kak huda rase macam rugi gileee kalo tak pegi kfc...

    ReplyDelete