sejarah

Friday, April 22

Aku dan Hantu Kak Limah

Siapa tak tengok ceita Hantu Kak Limah Balik Rumah? Aku pasti, ramai yang sudah. Berulang-ulang kali sampai lapan kali mungkin kot! [Bak kata kawan aku lah] Pertama kali dalam hidup aku, filem ringan seperti HKLBR memberi impak yang amat besar kepada seluruh rakyat Malaysia. Sebenarnya aku antara orang terawal menonton filem ni di panggung. Awal semester dulu, dengan kawan-kawan. [Ingatkan biaso-biaso sajo, rupanya, meletop!] Habis semua nak tiru adegan-adegan dalam filem tu. Skripnya, gaya lakonannya, semua jadi ikutan. Kenapa ek? Pelik-pelik. Bala-bala.<<< aku dah terpengaruh<<<< 

Kalau tengok sekarang di Facebook, habis dilanda fenomena ni. Semua komen, status, apa saja mesti nak dikaitakan dengan filem ni. Antara yang paling popular haruslah "Cecite, cecite", "Nampak beno penipunya" dan sebagainya. Sampaikan nak dijadikan cerita apabila skrip-skrip tu dijadikan sebagai "page" di Facebook. Motif? Tujuannya untuk tag bila komen status orang dan buat sebagai status. Habis semua komen dan status jadi warna biru.

Bukti lain yang masyarakat Malaysia dah terikut-ikut dengan filem ni apabila:

1. Semasa aku join satu event di UUM Mac lepas, perasminya, juga orang besar dalam politik negara menggunakan ayat "Cecite, cecite" dalam ucapannya yang bersifat semiformal. Wah, beliau pun tengok!

2. Semasa ABPBH 2010 yang lepas, dibawakan juga Usop Wilcha dan Johan untuk umumkan keputusan Bintang Paling Popular. Hasilnya, tak lama lepas tu, wujud la page Usop Wilcha glamor di pentas Abpbh 2010. Aku yang like page tersebut pada jam 5 petang, hanya ada 6000 orang like. Tepat jam 11 malam, sedah mencapai 15000 orang like! Bala-bala.

                         

3. Astro juga mengambil pendekatan yang sama seperti TV3 apabia menampilkan watak popular: Kak Limah semasa Konsert Pertama AF9 baru-baru ni apabila pesertanya, Afif buat persembahan lagu Cinta Kristal. [Saje tengok AF9, macam hampeh jer peserta dia, baik tengok Imam Muda]

ngeri aku tengok kak limah ni!

3. Kelas Tutorial aku, dari kelas pertama hinggalah ke kelas yang ke 10 (terakhir), mesti kawan aku sorang ni akan cakap "Cecite, cecite" kalau tak faham kat tutor kami tu. Adeh~

Walau apa pun, dunia kita lebih ceria dengan kehadiran filem ni. Jangan salah guna sudah!


Nota kaki: Apalah idea Mamat Khalid dalam filemnya akan datang ek?

3 comments:

  1. aku yg lmbt tgk cerita ni pun terpengaruh gak....

    ReplyDelete
  2. HAHA . betol betol . glamour loghat oghang peghok . btw, nice entry ;D

    ReplyDelete
  3. kome pon dah boleh cakap loghat org peghok..

    ReplyDelete