sejarah

Wednesday, April 6

Aku dan Blog Baru

Alhamdulillah, siap pun "proses pembaikian blog" aku. [Frasa tak boleh blah!] Bukan apa, hanya tukar template dan nama blog sahaja. Smart tak? Ok la.

Kenapa "Aku dan Tulisan"? Sebabnya, tulisan-tulisan dalam blog ini semuanya aku yang tulis, tiada nak "copy and paste" daripada mana-mana sumber seperti blog orang lain yang meletop-letop dan akhbar arus perdana ataupun arus saga. [Aku bukan yang suka memplagiat ok!] 

Kalau perasan, beberapa tajuk sebelum ni dan akan datang akan dimulakan dengan "Aku dan ......" [Kau ada? Ha3] Serta yang paling best, ayat-ayat dalam kurungan tu, menyatakan luahan monolog aku secara langsung. [....]

Genre blog? Ikut masa dan keadaanlah. Kadang-kadang isu semasa, tak pun isu-isu panas sampai mendidih bila baca dan kisah-kisah pasal apa yang berlaku di sekeliling aku. Kalau pasal hiburan macam letak gambar-gambar yang kelakar, video, artis-artis: baik pergi blog orang lain. Samo sajo! Inikan blog aku. Pasal luahan perasaan nanti-nanti kot, sebab tiada apa yang nak diluahkan lagi. [Ehem!] 

Keep reading! [Sebab tu lah pentingnya English Education~]

1 comment:

  1. bole la renovate blog kak huda pulak lepas ni....
    weeee~~~

    ReplyDelete