sejarah

Tuesday, May 31

Aku dan Asap Rokok

Sebelum apa-apa, AnT nak bagi tau, hari ini, 31 Mei 2011 ialah Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Juga hari terakhir pada bulan Mei ini. Esok sudah 1 Jun. [Tak sabar nak menonton TV Al-Hijrah di saluran 114 Astro esok]



Ok, sempena hari ini, AnT nak menyeru kepada semua di luar sana, udah-udahla tu menghisap rokoknya. Hembus asap putih berkepul-kepul ke udara dengan muka yang tidak bersalah walau sedikit pun. Sebenarnya AnT amat sensitif dengan bau asap rokok ni. Al maklumlah, Semasa sekolah dulu selalu "menyerang" budak yang hisap rokok di tandas asrama!!! [Macamtak da kerja lain] Jadi hidung mesti sensitif. Bak kata kajian saintis sana, perokok pasif lebih berpotensi untuk mendapat penyakit yang lebih parah berbanding perokok aktif. Nasib badan...

Tak suka asap rokok tak bermakna AnT benci perokok. Tetapi, kalau merokok, ingatlah orang sekeliling anda yang tidak merokok. Ramai saja perokok yang AnT kenal akan mencari tempat untuk merokok yang sesuai untuk buat "fogging". [Terima kasih keran faham keadaan kami yang akan tercungap-cungap apabila menhidu asap rokok] Tapi ramai juga yang tidak berbuat demikian. Orang dah kuatkuasakan yang tempat awam tak boleh merokok, nak jugak merokok. Cepuk kang!!! Haish!!!

Tapi sekarang ada juga rokok elektrik ek? Entahlah, AnT tak tahu sangat. AnT bukan perokok. Tapi kalau nak tau untuk saja mengetahui apakah itu, ok sahaja.


Nota pecinta alam: Asap rokok juga lebih kurang seperti open burning. Kan? Maaflah siapa yang terasa pedasnya, ini tanggungjawab AnT sebagai pecinta alam. Like or Share this to spread the word. Sekian.

Monday, May 30

Aku dan Rancangan Realiti




Cuti empat bulan. Separuh gila dibuatnya kalau tiada apa yang nak buat. Ok, mari AnT bawa satu hobi orang Malaysia sekarang ni: menonoton rancangan realiti tv. Ada yang ok, ada yang sampah. Kalau AnT, suka lah juga tengok. Tapi kalau rancangan realiti yang berkonsepkan nyanyian, AnT lebih suka kalau tengok masa minggu-minggu terakhirnya. Baru berkualiti SIKIT, taklah bernanah telinga dengar. Jom review!!!


1. Mentor 5. Baru saja selesai malam semalam. Tahniah Salma! Dah agak memang dia akan menang, dek persembahannya yang best sejak mula lagi. [kecuali separuh akhir,hampeh!] Apa yang best, produksi tak mengaut keuntungan sepenuhnya dengan membuka 100% undian daripada penonton di rumah. Hanya 30% undian daripada penonton di rumah, juga di konsert. 20% daripada juri awam, 50% daripada juri profesional. Nampak? Barulah betul sikit. Hasilnya, memang berkualiti. Tak hairanlah ratingnya terbaek. AnT bagi empat bintang!!!


2. Akademi Fantasia 9. Ambik kau, 9 musim sudah dan ini yang terakhir. Banyak pembaharuan untuk tarik semula rakyat Malaysia menonton AF9 ni. Rumah kaca, imuniti, Aznil sebagai hos dan dibuat di studio 1, yang kecil kapisiti penontonnya. [Bukan ke nak mengurangkan jumlah orang yang menonton konsert ke?] AnT layan je. Macam yang disebut, bermula minggu 7, baru AnT follow AF9 ni. Ok laa. Hmmm, dua bintang suku jelah AnT bagi.


3. Imam Muda 2. Ha, ini lain sikit, Islamik! AnT memang dapat banyak manfaat daripada program ni. Hal-hal agamalah kan? Yang pasti AnT memang kagum dengan peserta-pesertanya. Mudir dan mursyidnya sedang berusaha mendidik anak muda ni. Alhamdulillah, memang mendapat perhatian dunia tu!!! Malah yang seusia dengan AnT pun ada. Lagi best, siap ada lagu tema lagi, nyanyian Mawi, Akhil Hay dan IM musim pertama. Tahniah!!! Markah penuh: lima bintang!!! 



4. Maharaja Lawak. Walaupun tak langgan pakej Mustika, AnT dapat tengok jugak: YouTube or Facebook. Lawak habis. Setakat ni, Jambu menjadipilihan AnT untuk menang selain Jozan dan Nabil.Pecah perut lah!!! Dengarnya ML akan ke PISA,Penang. Aduh, AnT dah balik baru nak datang Penang. Ok, empat bintang suku untuk ML!!!


Program realiti yang lain banyak saja, tapi tak tengok sangat buat masa ni. Jaguh Kampung, Showdown 2011, etc. Semua menarik, tapi kena pandai pilih nak tengok yang mana. Apa yang pasti, rakyat Malaysia sukakannya, jika menarik untuk ditonton.




Nota kaki: Sebenarnya, addicted!!!

Saturday, May 28

Aku dan Pokok

Aduh, bersarang sudah blog AnT ni!!! Ok, masa untuk bersihkan sarang-sarang ni.

Hmm, kenapa pokok? Memang la, AnT kan budak biologi. Maka, cinta terhadap alam ini amat kuatlah! Kalau masuk hutan tu, jangan pelik lah kalau nampak mulut AnT terlopong, sambil kamera di tangan kanan. [AnT gila ambil gambar pokok tau!!!]

Namun hati ini bagaikan terbakar, tersentap, tercalar, terhenti apabila melihat makin banyak pokok yang suka-suka ditebang di sekitar tepi jalan kawasan rumah AnT. Kalau nak buat plantation ok lah, tapi kalau nak cacakkan konkrit, apa kes? Aduh!!!


Memang "best" rebahkan pokok ke bumi


Kesannya, makin berdebu kawasan tu, lori keluar masuk dengan pemandunya buat muka tak bersalah sambil hisap rokok murah. [Asap rokok pun cemarkan alam sekitar!!!]

Oh, bukan AnT nak jatuhkan mana-mana pihak,tapi fikir-fikirkanlah. Janganlah sesuka hati tebang pokok. Ingat, berpuluh, malah mungkin beratus tahun pokok-pokok tu nak matang. Kemudian mereka datang, tebang, rebah ke bumi. Kononnya nak tanam pokok balik, tapi konkrit yang ditanamnya.

Juga, janganlah ditarah bukit dan gunung. Ia pasak bumi yang menahan gempa bumi dan sebagainya. Inillah pentingnya Ecology Education!!!



Nota: Takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa tanah runtuh di Hulu Langat baru-baru ini. Al-Fatihah.

Monday, May 16

Aku dan Hari di Bulan Mei

Bulan Mei. Penuh dengan hari yang istimewa. Juga hari peristiwa berdarah. Unik kan? 

1 Mei 2011


Semua orang tahu, 1 Mei mereka akan tersenyum. Hari Pekerja: hari cuti. Tapi tak bagi AnT, sebab kena 'bekerja' menghadap buku pada minggu exam. Haish!

5 Mei 2011


Tiada dalam kalender umum, hari apakah ini. Hanya pada kalendar aku, 5 Mei hari terakhir peperiksaan akhir semester kedua AnT di kampus, dengan kertas Biodiversity. Yahoo!!!

8 Mei 2011


Hari istimewa, Hari Ibu! Walaupun AnT tiada di rumah pada waktu itu sebab masih di kampus, telefon lah menjadi medan hubungan. [AnT 1st wish mak AnT pagi tu!!!] I Love U Mum!!!

Juga hari pertama AnT memulakan field work di Centre of Marine and Coastal Studies [CEMACS], Muka Head, Penang. Masuk dalam pointer ni!!! 

13 Mei 2011


Sejarah hitam di Malaysia, siapa tak tahu peristiwa 13 Mei kan? Jadi, berpadulah kita, jauhkanlah daripada peristiwa seumpama itu berulang di bumi tercinta ini!!!

15 Mei 2011 


Hari yang sweet untuk AnT, dapat jumpa pelakon Nur Kasih The Movie!!! [Klik di sini untuk baca entri khas pasal ni]

16 Mei 2011


Hari Guru!!! Terima kasih kepada semua cikgu AnT yang mendidik AnT selama ni!!! Tema tahun ni: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

19 Mei 2011

Hari yang mendebarkan, AnT akan ambil test berkenaan field work di CEMACS!


Yang pasti, Nur Kasih The Movie, Pirates of Carribean akan menunggu AnT di GSC Queensbay Mall!!!



Seterusnya: tak tahu, hanya Yang Maha Mengetahui segalanya~

Sunday, May 15

Aku dan Ahad Yang Best!!!

Salam ceria semua!!! Buat apa hari Ahad? Lepak? Study? Jalan-jalan?

Huh, AnT pulak kena masuk lab hari ni, untuk hari kedua. Inilah kehidupan sebagai pelajar yang gigih!!! Hari ni lab agak best, sebab dapat tengok bacteria bawah mikroskop. [Sori tiada gambar sebab nak protect kamera AnT daripada pencemaran bacteria di lab] Tengah hari, habislah lab. Yahoo!

Memang AnT dah set awal-awal yang hari ni nak tak nak kena pergi Queensbay Mall, QB jugak, sebab nak jumpa awek AnT [Pengakuan berani dan tak boleh blah!] So, lepas Zohor, dengan perut lapar, bergegas ke QB, hanya dengan Rapid Penang. Al maklumlah, AnT tiada motor lagi! Kesian awek AnT, dah sejam tunggu. Janji pukul 2 petang, sampai pukul 3 petang. 

Cari punya cari, tak jumpa. Merajuk agaknya. Nak call tiada kredit. Last-last, jumpa jugak kat area GSC. Ha, ni lah "awek" AnT tu:

cun tak? ha3

jangan la marah AnT!!! janji tak lambat~

opps, ni bkn awek ek, ni kawan dia!

mereka~ [tu bukan Remy Ishak, tp Hanif, siapa tah]


Sebenarnya tadi ada roadshow Nur Kasih The Movie di Quensbay Mall. Best!!! Sayangnya, tak dapat jumpa dengan lagi dekat, sebab kawan AnT dah lapar tahap maksimum pada skala 9 skala Ritcher. Boleh gegar QB kalau da pengsan! Nak tengok KongSi pun macam malas, tak ramai kawan nak tengok sama.



Then, jalan-jalan di QB, AnT terjumpa satu kedai yang baru buka. Tak silap SnJ kot. Kedai jual hadiah dan benda-benda yang cool habis! Smart. Last-last, AnT "terbeli" dua barang ni. Smart and cool habis!!!


wayar berselirat!!! 
dah kemas! whoa~~

ok tak? [tu bkn hphone AnT]

pengikat wayar earphone

macam rubic cube!

style la warna putih!!!




nota QB: aku suka barang pelik! [pelik sangat ker?]


ni website SnJ: https://www.snjgift.com/Index.aspx

Thursday, May 5

Aku dan DPP USM

Assalamualaikum semua. 

Selesai sudah final exam, buka laptop, keluar satu isu : Dewan Perundingan Pelajar USM menjadi isu hangat hari ini apabila sebuah saluran media alternatif telah melabelkannya sebagai boneka. [Baca di sini]


AnT ingatkan, lepas kita wujudkan DPP USM ni, masalah akan reda. Rupanya tidak. Ada sahaja komen dan kritikan dilontarkan. Rasionalkah kritikan mereka itu? Menurutnya, mahasiswa masih lagi dikongkong dengan AUKU. Aduh! Tahu atau tidak kenapa masih ada AUKU? Teliti baik-baik Perkara 15. Kenapa kita mahu ikut telunjuk dan cara permainan politik luar? Kenapa tidak kita bina politik kita tersendiri [sihat, tiada demonstrasi]? 

Kemudian. Dalam usaha kita menjaga kebajikan pelajar, perlukah semua benda ini? Hanya satu sidang. AnT tahu mahasiswa kita semakin matang, tapi kalau anda matang, takkanlah sampai perlu untuk kita memberontak. Inilah jadinya sekiranya kita sulamkan politik luar dengan dunia kampus kita. Pernah anda fikirkan apa jadi sekiranya kita masukkan politik luar dalam kampus? Bukan niat di hati untuk memburukkan sesiapa, tapi inilah realitinya. Anda sudah lihat, mungkin.

Usah bicara panjang, nanti silap fakta pula. [Baca komen daripada YDP MPP USM 2011/2012]


nota anak muda: walaupun saya belum arif, saya pun nak bersuara juga. kata ada hak bersuara. kan? [baca saja komen di sini ]

Sunday, May 1

Kami dan Parit Buntar: Bahagian Kedua


Selesai solat maghrib, seperti yang dirancang pagi tadi, kami akan melantak Char Koew Teow di Bandar Parit Buntar. Senang nak cari, tak tahu lah kalau Jalan-jalan Cari Makan dah sampai sana atau belum. Tempatnya betul-betul di kawasan menara jam. 

Oh, berbalik pada cerita yang agak menakutkan di kawasan masjid tersebut. Ok, semua dah ada dalam kereta yang mewah cool. Tiba-tiba AnT dengar satu bunyi yang pelik, serius tak tipu. Tak pernah AnT dengar bunyi tu sebelum ini. Aku amati betul-betul. AnT pandang kawan AnT. Mukanya agak cuak. Sah dia cuak! AnT dengar lagi, lagi dan lagi. Kemudian senyap. Bunyi lagi. Dan lagi. Bunyi yang sama. 

Kemudian driver kami yang comel bersuara, enjin kereta tak boleh hidup. Laaa, ingatkan apalah tadi. OK, semua buat muka yang lebih cuak. AnT? Biasa sajo. Sebab AnT tau rumah kawan AnT amat dekat dari masjid tu. Nak risau apa. Tak boleh balik, tidur rumah dia. Hahaha. Tapi mereka masih cuak. AnT buat cool. Betul-betulkan rambut, hantar SMS kecemasan. Si driver pun buka bonet depan. cuit-cuit wayar kat bateri. Cuit lagi. Dan lagi. Bergerak semula ke tempat drive. Kecek, kecek, kecek. Hidup pun. Laa... Itu saja? Suspen jer. 

lokasi kejadian!

tolong!!!

Jadi, kami teruskan perjalanan. Makan di kedai yang jual Char Koew Teow. Sekali hirup, AnT tak percaya. Sedap sangat ke? Hirup lagi. Siap amek gambar lagi. Hirup lagi. [Masin sebenarnya, diam saja] Selesai makan, kembali ke kereta. Tak hidup lagi. Ala, tak cuak langsung. Bukak bonet depan, cuit-cuit wayar bateri, start enjin dan jalan. Ha3

Oh, cukuplah. Walauapapun, SPECIAL THANKS to kawan AnT. Lupa nak kenalkan. Namanya Bio Syahmi [nama Facebook] Nanti aku nak datang lagi, bawak kamera!!! Juga kepada Miss Driver yang ngantuk masa drive, Kak Huda, Kak Kasa yang story nya yang best [ehem-ehem] dan Akmal yang hampir merajuk tak nak ikut. 



Nota kedai kaki: Tiada bahagian ketiga. Harap Maklum.

Kami dan Parit Buntar: Bahagian Pertama

Hari ini Hari Pekerja. Semalam Hari Meroyan. Oh, taklah meroyan sangat. Jalan-jalan sajo. Maka, AnT [bukan semut tapi nama pena blog aku] berjalan-jalanlah di Malaysia yang indah.

Target utama ialah rumah kawan AnT, budak hensem kos biologi. Perjalanan bermula pada jam 11 pagi selepas 2 jam menunggu daripada waktu yang sepatutnya. Al maklumlah, janji Melayu. Bila nak berubah tak tahu lah AnT. Naik kereta sewa sajo, jadi bos di belakang. Nak beli kereta idaman [Kia Forte] lambat lagi. Haish!

Perjalanan terhenti seketika di USM Kampus Kejuruteraan. Saja singgah nak jumpa kawan kepada kawan aku. first time sampai sana. Ok la, tiada bukit langsung, serta amat sunyi. Sesuai untuk study dengan aman dan cemerlang. Selesai sesi berbual di Desasiswa Jaya, kami terus gerak ke destinasi utama.

Oh, ini lah Parit Buntar aka PB yang amat dibanggakan oleh kawan AnT. Ok, agak maju. Tak seperti apa yang aku gambarkan. Tak lama kemudian, maka sampailah kami ke rumah dia walaupun terlajak 25.34 meter ke hadapan dengan jayanya. Memandangkan perut sudah berkeroncong, amatlah baik untuk memenuhkan perut ini. Alhamdulillah, dihidangkan dengan makanan kampung yang sangat best! Tiada lagi kari FH!!!

Tak lama lepas tu, kami membuat lawatan tempat penternakan di belakang rumahnya. Cakap kau nak apa. Burung unta 3 ekor, ayam mutiara, ayam selasih, swan, itik, burung puyuh, arnab dan kucing! Fuh, macam pergi MAHA 2010 yang lepas! Menarik-menarik.
ayam belanda yang bising!
burung unta tgh marah~
    
Petangnya, kami dibawa oleh kawan AnT ni ke Ban Pecah. Mencari jalan masuk yang sukar, akhirnya selepas terlajak sejauh 993.56 meter kami sampai. Wow, sangat kampung, aman, tradisional sangat tempat tu. Serius cakap. Laut terbentang luas, sawah padi di belakang, parit, kedai kopi + lagu lama-lama. Aduh, sangat menusuk kalbu. Menyesal aku! [Tak bawak kamera kesayangan] Istimewanya, dapat makan rojak buah Pak ... [lupa nama], ala yang masuk Majalah 3 tu, walaupun aku tak tengok show tu.

AnT dan tuan rumah
ingat awek...
Perjalanan pulang selepas kenyang. Hari hampir maghrib. Kawan AnT terus balik ke rumahnya. Kami berempat menuju balik ke kampus. Oh lupa, singgah di masjid untuk solat Maghrib. Maka, . . .