sejarah

Wednesday, April 6

Aku dan Ujian Munsyi

Pertama sekali apakah itu Ujian Munsyi? Aku pun tak tahu apakah sebenarnya makna disebalik Ujian Munsyi itu. Biarkan. Namun, pada 9 April 2011 ini (Sabtu) akan diadakan ujian ini. Motif? Sudah tentu lah ia sebagai salah satu syarat untuk melayakkan diri anda ke USM. [Universiti tercinta aku tu!]

Saja nak habaq kat hang pa pasal Munsyi ni. [Pehal speaking utara ni?] Munsyi ni ialah satu ujian, ada beratus-ratus soalan yang kena jawab dalam masa 1 jam sahaja. Kalau aku dulu, aku ditempatkan di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Pahang.

1. Apa yang akan ditanya?
Haruslah soalan kan? Ha3 Ok2. Sebenarnya soalan yang beratus-ratus tu pasal apa yang kita suka, kecenderungan minat kita dan personaliti kita [lebih kurang laa] Saja nak pastikan korang pilih kos yang betul, sesuai dengan minat korang. [Baikkan?] Soalan pun senang je, jangan menangis sebab takut fail sudah. Soalannya lebih kurang macam soalan semasa apply Biasiswa JPA, kalau apply la. [Soalan yang kena jawab secara online tu] Jangan lupa bawak pensel 2B!

2. Nak pakai apa?
Baju, seluar. Ok2, pakaian formal rasanya. berkemeja, seluar slack bagi lelaki [aku tak pakai tie] dan berbaju kurung bagi perempuan [baru manis berbaju kurung!] tapi nak pakai T-shirt berkolar pun ok kot. tapi pastikan berkasut! [Aku tak sure sangat tau, mana tau USM dah ada bagi peraturan. Harap maklum.]

Apa lagi ek? Ntah la, kalau nak tau lebih, lomen je la kat bawah ni. InsyaAllah aku akan jawab.


JOM MASUK USM!!!

1 comment:

  1. tambahan,dan.....kalo nk pilih jawapan soalan tuh,biarlah bersesuaian dengan kos yg korg apply yek..haha..cthnya: apply medik,tetiba je bila jwb soalan munsyi,tgok korg pilih jawapsn ke arah teknikal..ha...mmg sah2 lah x dpt kos medik yg korg apply..

    ReplyDelete