sejarah

Monday, August 30

peramah 2010, wow!

salam semua! (muka ceria habis)

peramah? apakah? kuih rayakah? oh tidak~
peramah ialah singakatan bagi perkampungan debat ramadhan y telah berlangsung dgn jayanya di kem sg merab, bangi, selangor, malaysia tercinta pada 27-29 ogos lepas..

sangat menarik! walaupun tempatnya kuarang best spt yang dijangkakan... takpe laa its ok kan? dengan bersemangatnya, aku, afiq, nisha, abg crab, kak atin n kak mariani berangkatlah ke kl 12.30 di malam jumaat penuh ketanangan gitu... sampai pkul 6.30 pagi, dengan keadaan kurang tenang di terminal bkt jalil..

setelah rehat di rumah abg tra sampai petang, bertolak laa ker kem y tlh dinyatakan... adeh, bak kata debater mana tah "ko jmpe x? ko masuk simpang bla bla bla, kalau nampak macam 'sekola agama rakyat warna kuning, masuk situ" motif? hak3 biarlah prasarananya kurang baik, asalkan pengisiannya TERBAEK!!!

tujuannya adalah untuk belajar, bermesra n bergumbira bersama alumni debat univ malaysia n pendebat ipt malaysia yang lain. most of them are 1st yr students, tapi hebat kot! macam2 ada. usm, upm, ukm, utm, uia, usim, unirazak, uitm, mmu, ump, etc..

antara xtvt: seni debat- macam2 belajar, pemikiran kritis, kemairan presentasi, ilmu mantik n logik(maths in debate, mathematical reasoning), sesi FAQ (make sure korang tau apakah itu FAQ!, jgn marah ek...) barulah aku tahu, banyak y do's n dont's dalam debat nih! 

berdebat pon sampai 4 pagi n terus sahur! mmg seronok... debat dalam kepenatan n kemengantukkan yg amat sangat. tapi ok laa, dapat debat sekali ngn dak utp, uitm pon ada...

sesi jejak kasih? owh senior n junior shah pekan pon ada? well, siddiq n iqram. dah agak daa.. korang mmg hebat! mmg legend ek..

paling best, dapat jmpe 2 menteri yang juga pendebat sekolah n univ 
1. YB Dato Hj Maslan, timb menteri di JPM
2. YB Dato Saifuddin Abdullah, timb menteri di KPT (yang datang masa prog siswa lestari usm tuh...)


akhir sekali, 


dengan kata2 kami menguasai dunia!
(sori tiru ayat!)





tinta anak merdeka


assalamualaikum, salam merdeka semua!!!




pabila kita berbicara tentang merdeka, ramai org teringatkan lagu sudirman, "tanggal 31, bulan 8, 57...
ada pula y begitu bersemangat mengibarkan jalur gemilang, baik di kereta mahupun di pejabat masing2...

ya, esok kita menyambut ulg tahun kemerdekaan malaysia yang ke 53, 1Malaysia Menjana Transformasi. tapi, nak tau jugak, adakah semua org tahu tema tahun ni? mungkin ada, mungkin tiada kot... ntah laa...

seminggu sebelum kita merdeka, kat tempat aku nih mcm kurang jer semangat merdeka. bukan nak mengata, tapi itulah hakikatnya. ada yang cukup semangat mengibarkan jalur gemilang di rumahnya, ada yang tiada langsung. alahai... teringat lah pulak masa sekolah dulu, sepanjang nk gi bandar masa outing, mmg seronok... setiap tahun mesti nak tgk sebuah rumah ni, keliling pasang jalur gemilang! terharu aku nagn kawan2 aku mase tuh. lepas tu, macam2 program ada, sajak la, pentomin laa (masa ni la aku kutip mata merit!) mmg seronok, terutamanya masa malam ambang merdeka kat dewan sekolah... naik terbalik dewan tu ngan sorakan kami... mmg seronok.. kat matrik pn sama, kolej kediaman habis kena balut dengan bendera! nasib baik menang pertandingan hias kolej kediaman sempena merdeka...




tapi, sampai kat sini, macam tiada apa jer. kurang sangat2 (tau aku tak ambil kisah? bila masa pulak) nak sangat tonton hati malaya skali lagi (nasib baik ad dalam laptop ni) serius cakap, tgk filem tu, mmg menusuk jiwa, perasaan bercampur baur, kecuali mereka yang tiada perasaan... ingat lagi kat sekolah, masa tonton filem tu, y budak perempuan habis baju dibuat tisu, nasib baik tak banjir, yang budak laki plak, buat2 lawak, nak cover supaya tak menangis...

tapi sekarang, dunia dah maju, kibar jalur gemilang kat profile picture facebook jer...(terasa kot) namun, ada juagak org pertikaikan, "sekadar kibar je buat apa? semangat dalaman ada ker?" apa susah, jawab balik, "mana lagi teruk, orang yang kibar atau lagsung tak kibar?" terdiam kot... takpa la, mungkin dia ada semangat patriotik dalam diri dia, kita mana tahu kan?

jadi, sempena merdeka ni, kebetulan dalam bulan ramadhan yang mulia ini, diharapkan agar kedaulatan negara tidak terus dijajah, smalah uga dengan minda kita pun, harapnya tidak terus dijajah, amin~



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53

1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI



Sunday, August 22

langkah pertama...

assalamualaikum n smile everyone!

akhirnya, dapat gak aku wat 1 blog. 
selama nih asyik dengar orang cerita pasal blog,
tapi aku blurr~ nak cakap pasal per itu blog.
now, i'm a blogger!

yup, .b.u.d.a.k. .k.e.n.t.a.n.g.
ok tak ekh? okla kan... jgn gelak suda...

huh, tu jela kot wat mase nih, 

_hidup mesti kentang n terbaek_