sejarah

Thursday, May 5

Aku dan DPP USM

Assalamualaikum semua. 

Selesai sudah final exam, buka laptop, keluar satu isu : Dewan Perundingan Pelajar USM menjadi isu hangat hari ini apabila sebuah saluran media alternatif telah melabelkannya sebagai boneka. [Baca di sini]


AnT ingatkan, lepas kita wujudkan DPP USM ni, masalah akan reda. Rupanya tidak. Ada sahaja komen dan kritikan dilontarkan. Rasionalkah kritikan mereka itu? Menurutnya, mahasiswa masih lagi dikongkong dengan AUKU. Aduh! Tahu atau tidak kenapa masih ada AUKU? Teliti baik-baik Perkara 15. Kenapa kita mahu ikut telunjuk dan cara permainan politik luar? Kenapa tidak kita bina politik kita tersendiri [sihat, tiada demonstrasi]? 

Kemudian. Dalam usaha kita menjaga kebajikan pelajar, perlukah semua benda ini? Hanya satu sidang. AnT tahu mahasiswa kita semakin matang, tapi kalau anda matang, takkanlah sampai perlu untuk kita memberontak. Inilah jadinya sekiranya kita sulamkan politik luar dengan dunia kampus kita. Pernah anda fikirkan apa jadi sekiranya kita masukkan politik luar dalam kampus? Bukan niat di hati untuk memburukkan sesiapa, tapi inilah realitinya. Anda sudah lihat, mungkin.

Usah bicara panjang, nanti silap fakta pula. [Baca komen daripada YDP MPP USM 2011/2012]


nota anak muda: walaupun saya belum arif, saya pun nak bersuara juga. kata ada hak bersuara. kan? [baca saja komen di sini ]

No comments:

Post a Comment