sejarah

Tuesday, May 31

Aku dan Asap Rokok

Sebelum apa-apa, AnT nak bagi tau, hari ini, 31 Mei 2011 ialah Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Juga hari terakhir pada bulan Mei ini. Esok sudah 1 Jun. [Tak sabar nak menonton TV Al-Hijrah di saluran 114 Astro esok]



Ok, sempena hari ini, AnT nak menyeru kepada semua di luar sana, udah-udahla tu menghisap rokoknya. Hembus asap putih berkepul-kepul ke udara dengan muka yang tidak bersalah walau sedikit pun. Sebenarnya AnT amat sensitif dengan bau asap rokok ni. Al maklumlah, Semasa sekolah dulu selalu "menyerang" budak yang hisap rokok di tandas asrama!!! [Macamtak da kerja lain] Jadi hidung mesti sensitif. Bak kata kajian saintis sana, perokok pasif lebih berpotensi untuk mendapat penyakit yang lebih parah berbanding perokok aktif. Nasib badan...

Tak suka asap rokok tak bermakna AnT benci perokok. Tetapi, kalau merokok, ingatlah orang sekeliling anda yang tidak merokok. Ramai saja perokok yang AnT kenal akan mencari tempat untuk merokok yang sesuai untuk buat "fogging". [Terima kasih keran faham keadaan kami yang akan tercungap-cungap apabila menhidu asap rokok] Tapi ramai juga yang tidak berbuat demikian. Orang dah kuatkuasakan yang tempat awam tak boleh merokok, nak jugak merokok. Cepuk kang!!! Haish!!!

Tapi sekarang ada juga rokok elektrik ek? Entahlah, AnT tak tahu sangat. AnT bukan perokok. Tapi kalau nak tau untuk saja mengetahui apakah itu, ok sahaja.


Nota pecinta alam: Asap rokok juga lebih kurang seperti open burning. Kan? Maaflah siapa yang terasa pedasnya, ini tanggungjawab AnT sebagai pecinta alam. Like or Share this to spread the word. Sekian.

No comments:

Post a Comment