sejarah

Sunday, May 1

Kami dan Parit Buntar: Bahagian Pertama

Hari ini Hari Pekerja. Semalam Hari Meroyan. Oh, taklah meroyan sangat. Jalan-jalan sajo. Maka, AnT [bukan semut tapi nama pena blog aku] berjalan-jalanlah di Malaysia yang indah.

Target utama ialah rumah kawan AnT, budak hensem kos biologi. Perjalanan bermula pada jam 11 pagi selepas 2 jam menunggu daripada waktu yang sepatutnya. Al maklumlah, janji Melayu. Bila nak berubah tak tahu lah AnT. Naik kereta sewa sajo, jadi bos di belakang. Nak beli kereta idaman [Kia Forte] lambat lagi. Haish!

Perjalanan terhenti seketika di USM Kampus Kejuruteraan. Saja singgah nak jumpa kawan kepada kawan aku. first time sampai sana. Ok la, tiada bukit langsung, serta amat sunyi. Sesuai untuk study dengan aman dan cemerlang. Selesai sesi berbual di Desasiswa Jaya, kami terus gerak ke destinasi utama.

Oh, ini lah Parit Buntar aka PB yang amat dibanggakan oleh kawan AnT. Ok, agak maju. Tak seperti apa yang aku gambarkan. Tak lama kemudian, maka sampailah kami ke rumah dia walaupun terlajak 25.34 meter ke hadapan dengan jayanya. Memandangkan perut sudah berkeroncong, amatlah baik untuk memenuhkan perut ini. Alhamdulillah, dihidangkan dengan makanan kampung yang sangat best! Tiada lagi kari FH!!!

Tak lama lepas tu, kami membuat lawatan tempat penternakan di belakang rumahnya. Cakap kau nak apa. Burung unta 3 ekor, ayam mutiara, ayam selasih, swan, itik, burung puyuh, arnab dan kucing! Fuh, macam pergi MAHA 2010 yang lepas! Menarik-menarik.
ayam belanda yang bising!
burung unta tgh marah~
    
Petangnya, kami dibawa oleh kawan AnT ni ke Ban Pecah. Mencari jalan masuk yang sukar, akhirnya selepas terlajak sejauh 993.56 meter kami sampai. Wow, sangat kampung, aman, tradisional sangat tempat tu. Serius cakap. Laut terbentang luas, sawah padi di belakang, parit, kedai kopi + lagu lama-lama. Aduh, sangat menusuk kalbu. Menyesal aku! [Tak bawak kamera kesayangan] Istimewanya, dapat makan rojak buah Pak ... [lupa nama], ala yang masuk Majalah 3 tu, walaupun aku tak tengok show tu.

AnT dan tuan rumah
ingat awek...
Perjalanan pulang selepas kenyang. Hari hampir maghrib. Kawan AnT terus balik ke rumahnya. Kami berempat menuju balik ke kampus. Oh lupa, singgah di masjid untuk solat Maghrib. Maka, . . .  

No comments:

Post a Comment