sejarah

Monday, May 30

Aku dan Rancangan Realiti




Cuti empat bulan. Separuh gila dibuatnya kalau tiada apa yang nak buat. Ok, mari AnT bawa satu hobi orang Malaysia sekarang ni: menonoton rancangan realiti tv. Ada yang ok, ada yang sampah. Kalau AnT, suka lah juga tengok. Tapi kalau rancangan realiti yang berkonsepkan nyanyian, AnT lebih suka kalau tengok masa minggu-minggu terakhirnya. Baru berkualiti SIKIT, taklah bernanah telinga dengar. Jom review!!!


1. Mentor 5. Baru saja selesai malam semalam. Tahniah Salma! Dah agak memang dia akan menang, dek persembahannya yang best sejak mula lagi. [kecuali separuh akhir,hampeh!] Apa yang best, produksi tak mengaut keuntungan sepenuhnya dengan membuka 100% undian daripada penonton di rumah. Hanya 30% undian daripada penonton di rumah, juga di konsert. 20% daripada juri awam, 50% daripada juri profesional. Nampak? Barulah betul sikit. Hasilnya, memang berkualiti. Tak hairanlah ratingnya terbaek. AnT bagi empat bintang!!!


2. Akademi Fantasia 9. Ambik kau, 9 musim sudah dan ini yang terakhir. Banyak pembaharuan untuk tarik semula rakyat Malaysia menonton AF9 ni. Rumah kaca, imuniti, Aznil sebagai hos dan dibuat di studio 1, yang kecil kapisiti penontonnya. [Bukan ke nak mengurangkan jumlah orang yang menonton konsert ke?] AnT layan je. Macam yang disebut, bermula minggu 7, baru AnT follow AF9 ni. Ok laa. Hmmm, dua bintang suku jelah AnT bagi.


3. Imam Muda 2. Ha, ini lain sikit, Islamik! AnT memang dapat banyak manfaat daripada program ni. Hal-hal agamalah kan? Yang pasti AnT memang kagum dengan peserta-pesertanya. Mudir dan mursyidnya sedang berusaha mendidik anak muda ni. Alhamdulillah, memang mendapat perhatian dunia tu!!! Malah yang seusia dengan AnT pun ada. Lagi best, siap ada lagu tema lagi, nyanyian Mawi, Akhil Hay dan IM musim pertama. Tahniah!!! Markah penuh: lima bintang!!! 



4. Maharaja Lawak. Walaupun tak langgan pakej Mustika, AnT dapat tengok jugak: YouTube or Facebook. Lawak habis. Setakat ni, Jambu menjadipilihan AnT untuk menang selain Jozan dan Nabil.Pecah perut lah!!! Dengarnya ML akan ke PISA,Penang. Aduh, AnT dah balik baru nak datang Penang. Ok, empat bintang suku untuk ML!!!


Program realiti yang lain banyak saja, tapi tak tengok sangat buat masa ni. Jaguh Kampung, Showdown 2011, etc. Semua menarik, tapi kena pandai pilih nak tengok yang mana. Apa yang pasti, rakyat Malaysia sukakannya, jika menarik untuk ditonton.




Nota kaki: Sebenarnya, addicted!!!

1 comment:

  1. ehheemmm..
    kak huda juge telah addicted dgn sume benda ni..
    kikikikiki

    ReplyDelete