sejarah

Monday, February 28

Tak Nak Yang Lain!!!

Saat aku terpandang kau, hatiku sudah terpaut denganmu. Manakan tidak, wajahmu yang putih bersih, berbaju kuning keemasan terus menambat hatiku. Ketika itu, kau sedang bersama dengan teman-teman kau. Mereka cantik. Tapi kau lebih cantik. Aku tak mahu berlengah. Aku harus cepat. Aku tak nak terlepas. Ini peluangku. Aku tak sanggup melihat kawan-kawanku sudah mempunyai teman. 

**********

Suatu hari, aku beranikan diri, bertanya kepada ayahku, untuk mengambil kau sebagai teman hidup yang sebelum ini belum terisi. Bagaikan memahami hasrat hatiku, ayahku mengiakan hasrat aku. Aku bersorak gembira di dalam hati. Bagaikan diri ini terbang di awangan. 

Setiap hari aku menatap wajahmu. Tak pernah jemu. Walau sekalipun. Kita berbual-bual. Kau suka, aku suka. Aku suka, kau suka. Kau punyai satu hobi yang aku minati iaitu suka menyanyi. Hampir setiap lagu kau tahu. Kalau tidak pun, kau akan berusaha mencarinya daripada internet. 

**********

Namun, suatu petang kau mengadu pening-pening kepala. Kau kelihatan pucat. Sebenarnya aku sudah mula sedar yang kau sudah menunjukkan simtom-simtomnya. Namun aku anggap ia hanya sakit biasa. Keadaan kau semakin parah. Tengah malam itu, kau tetiba pengsan. 

Aku panik. Kau terlantar sakit. Rawatannya bukan di sini. Kita harus berpisah demi kebaikan bersama. Nasib baiklah ada kawan aku yang sudi menolong untuk menghantar kau ke sana. Khabarnya kau akan sembuh cepat, namun aku tak mampu bertindak apa-apa. Jarak perjalanan ke sana penuh onak dan duri. Saat aku hendak melawat kau, ada saja halangan yang datang. Aku hanya mampu menunggu dan berdoa kepadaNya. Kosnya pula agak tinggi. Namun aku tidak cepat mengeluh. Aku berusaha mencari jalan penyelesaiannya.

*********

Mengapa kau tiba-tiba sakit di saat kita bakal menyambut ulang tahun kedua? Adakah kerana aku terlalu sibuk?  Tidak mengambil berat terhadap kau? Aku janji, selepas kau sembuh nanti kita akan lebih meluangkan masa bersama. Aku rindu saat untuk berbual, bergurau senda dan mendengar suara lunakmu itu. 

Sepanjang ketiadaan kau di sisiku, aku memamng kesunyian, serba salah dibuatnya. Keluh kesah. Sampai satu hari kawanku memperkenalkan temannya kepadaku. Aku tersenyum, tapi menangis di dalam hati. 

Semenjak itu, aku sering meluangkan masa bersamanya. Kami berbual-bual dan menyiapkan tugasan bersama-sama. Aku hampir terlupakan kau. Namun, dia dan kau masih berbeza. Aku cuba untuk terus setia kepada kau. Tak mahu curang. 

**********

Malam tadi, selepas aku habis meeting, sampai di bilik, rakan sebilikku yang tiba-tiba bangun dari tidur dan berkata, "Nah, phone kau dah ok. Ada masalah sikit, kena bayar RM*****." Aku tersenyum. Kini kau sudah ada di hadapan aku, wahai telefon bimbitku!!! Rindunya aku pada kau!!! Kau dah tak sakit lagi!!! Syukur kepadaNya~


~TAMAT~


<Cerita di atas ialah kisah benar, sebarang persamaan hanya kebetulan. Tiada kaitan antara yang hidup dan mati. Kepada yang sebelum ni tak boleh contact aku, sekarang dah ok! >



No comments:

Post a Comment