sejarah

Saturday, February 12

Laporan Khas: U-Race

Wah, pertama kali ada laporan khas dalam blog aku! Haruslah, memori bakal tercipta ni!

Sebelum tu, terima kasihlah kepada MPD Fajar Harapan yang begitu bersungguh-sungguh melaksanakan program ini, dengan kerjasama Muzium & Galeri Tuanku Fauziah dan Majlis Belia P. Pinang.

Poster y best + hadiah lumayan!

Bermula di Tasik Fajar Harapan yang aman dan harmoni, dengan urusetia dan 3 kumpulan berbaju merah (ambil semangat Tahun Baru Cina, kitakan 1Malaysia!) pertandingan ala-ala Amazing Race versi Fajar Harapan pun bermula dengan jayanya.

daftar jangan tak daftar!

Cabaran pertama: mengasingkan beberapa jenis kacang, bak kata ketua pengarah projeklah. Ada kacang hijau, merah, putih, sagu dan beras. (Sejak bila sagu dan beras dikira sebagai kacang?) Dengan penuh kegigihan serta kerjasam yang padu, kami asingkan kekacang itu dengan penuh semangat! Pelbagai strategi dilakukan untuk mengasingkan sagu dan beras. Hipotesis pertama, letak dalam air, nescaya sagu akan timbul: gagal kerana kedua-duanya tenggelam begitu sahaja. Hipotesis kedua, tekapkan dengan jari telunjuk: berjaya kerana sagu agak tinggi berbanding beras, maka sagu akan melekat di jari kami yang berpeluh. Tak percaya? Cubalah! Selesai, next station!

Ah, ini aku agak lemah. Anyam 3 biji ketupat menggunakan daun kelapa yang tua dan keras! Nasib baiklah aku boleh buat, semua pulak tu! Takpe2 best! Dan tugasan tambahan, lengkapkan peta Malaysia. Kacang sajo, kata Geografi dapat A!

Mendapat petunjuk seterusnya, menyerabutkan keadaan. Bunyinya ala-ala ke arah tempat mencerap bintang di langit. Aha! Padang kawad, tempat astronomi dulu-dulu tu. Sampai di sana... mana checkpointnya? Kami patah balik, Falak agaknya. Oh, tidak! Dataran Bintanglah! Rugi hampir 20 minit! Stress! Malapetaka!

Oh, tidak! Malapetaka kedua! Kena makan bawang dan roti berperisa belacan terbaek daripada ladang! (Korang tau tak aku trauma makan bawang? Dulu Biosociety dera aku, sekarang MPDFH?) Redha. Mengalir air mata. Sebak. Telan saja. 

memamg kami suka makan bawang & belacan!!! (gaya SENTAP)
bawang = trauma


Dengan perut berkeroncong & menggelegak, kami berlari-lari ke Bangunan Canselori nun di atas bukit sana! Kemudian ke kawasan sekitar dan dalam Muzium tersebut. Main boling kelapalah, tangkap ikanlah (nasib baik bukan katak!), men"conteng" batiklah (faham-fahamlah pabila lima tangan bekerja untuk sebuah hasil seni teragung ala-ala Leonardo Da Vinci), berbalas pantunlah dan lain-lain.

On going~
"cantik" x?!!

Unik? seronok? Haruslah! Pertama kali dapat jadi "krew" persembahan wayang kulit, sebagai pemalu gendang. Kedua terbaik keseluruhan tu! Juga, dapat masuk dan explore muzium (tingkat atas tak sempat naik...)

wayang kulit!!!

Keputusannya: 

mereka menag, kami ke 4~
1. PETAS. Bagilah...
2. Apache. Bagilah...
3. Diva. Bagilah...
4. SENTAP!!!. Saje nak bagi yang kat atas tu menang...
5. GAPP. Sabar ye...

Walaupun kalah, kami tetap bergumbira! Go SENTAP Go!!!


Nota kaki: Tahniah Pengarah Projek U-Race yang berkaLEBAR, Tuan Afiq dan krew. Good job!!!


No comments:

Post a Comment