Pertama sekali apakah itu Ujian Munsyi? Aku pun tak tahu apakah sebenarnya makna disebalik Ujian Munsyi itu. Biarkan. Namun, pada 9 April 2011 ini (Sabtu) akan diadakan ujian ini. Motif? Sudah tentu lah ia sebagai salah satu syarat untuk melayakkan diri anda ke USM. [Universiti tercinta aku tu!]
Saja nak habaq kat hang pa pasal Munsyi ni. [Pehal speaking utara ni?] Munsyi ni ialah satu ujian, ada beratus-ratus soalan yang kena jawab dalam masa 1 jam sahaja. Kalau aku dulu, aku ditempatkan di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Pahang.
1. Apa yang akan ditanya?
Haruslah soalan kan? Ha3 Ok2. Sebenarnya soalan yang beratus-ratus tu pasal apa yang kita suka, kecenderungan minat kita dan personaliti kita [lebih kurang laa] Saja nak pastikan korang pilih kos yang betul, sesuai dengan minat korang. [Baikkan?] Soalan pun senang je, jangan menangis sebab takut fail sudah. Soalannya lebih kurang macam soalan semasa apply Biasiswa JPA, kalau apply la. [Soalan yang kena jawab secara online tu] Jangan lupa bawak pensel 2B!
2. Nak pakai apa?
Baju, seluar. Ok2, pakaian formal rasanya. berkemeja, seluar slack bagi lelaki [aku tak pakai tie] dan berbaju kurung bagi perempuan [baru manis berbaju kurung!] tapi nak pakai T-shirt berkolar pun ok kot. tapi pastikan berkasut! [Aku tak sure sangat tau, mana tau USM dah ada bagi peraturan. Harap maklum.]
Apa lagi ek? Ntah la, kalau nak tau lebih, lomen je la kat bawah ni. InsyaAllah aku akan jawab.
JOM MASUK USM!!!
tambahan,dan.....kalo nk pilih jawapan soalan tuh,biarlah bersesuaian dengan kos yg korg apply yek..haha..cthnya: apply medik,tetiba je bila jwb soalan munsyi,tgok korg pilih jawapsn ke arah teknikal..ha...mmg sah2 lah x dpt kos medik yg korg apply..
ReplyDelete