sejarah

Wednesday, November 24

AIDILADHA sebagai perantau

salam aidiladha (saya tahu entri ni delay)

pagi aidiladha jauh berbeza 1431H. maklumlah, sebagai perantau. jauhlah juga, over d bridge, fantasy island. 
macam biasa, pagi aidiladha pergi menunaikan solat sunat aidiladha. semangat. walaupun tanpa keluarga tercinta pada tika itu. relax2. aku dan kawan2 terus bergerak ke masjid. ada yang bersampin, ada yang berkain pelikat. style masing2. selera masing2. duduk di dalam masjid terus bertakbir.

selesai solat sunat aidiladha,, terus balik ke bilik. alhamdulillah, aku diajak oleh kawan aku untuk beraya di rumah senior. walaupun tak kenal dan tak terlibat secara langsung dengan organisasi mereka. raya kan. sebelum gerak ke rumah tersebut, sesi fotografi dan videografi diadakan. 

makan dan makan. kenyang betul. memang raya. makan dalam dulang. macam di johor! teringat telok sengat. sebab disitulah aku mula2 makan dalam dulang. teringat juga nasi ambang. katanya, sesuai dimakan dalam dulang. mengeratkan silaturahim, sedap pon sedap. 

meriah!!!
kemudian kami bergerak pula ke rumah kawan aku. sekali lagi makan. memang raya. setelah beramah mesra dengan parentsnya, kami beredar pulang, selepas menunggu satu lagi rombongan senior sebelum ini. tiktok2, dah jam 3. mata dah ngantuk, badan dah penat. letih teramat. 

walau apapun, thanx buar kawan2. best!!!


No comments:

Post a Comment