sejarah

Thursday, November 25

Bahasa Kita atau Bahasa Mereka?

Serius tajuknya. Sebelum itu, adakah anda tahu Perkara 153 Perlembagaan Malaysia? Adakah anda warganegara Malaysia, namun tidak fasih berbahasa Melayu?

Saya masih yakin, ramai yang akan angkat tangan, tanda menjawab persoalan di atas. Paling kurang pun, tersentap. Itupun jika masih berperasaan. Nama sahaja warganegara Malaysia, tapi masih tidak fasih berbahasa Melayu. Ada yang memberi alasan, malu! Bukan beremosi, tapi kita perlu tegas apabila berbicara isu ini. 

Namun saya juga pelik apabila ada warga asing begitu berminat untuk mempelajari bahasa Melayu, sedangkan ramai antara kita tidak berminat langsung! Paling dekat dengan kita, sudah tentu pekerja asing yang majoritinya terdiri daripada warga Bangladesh dan Pakistan. Dalam masa yang cukup singkat, mereka boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu. 

bak katanya, gigi putih

Kemudian, Ben Bradshaw merupakan antara individu yang saya kagumi. Setelah menonton videonya di Facebook dan Youtube, saya suka usahanya. Dia yang pernah tinggal di Sarawak, boleh berbahasa Melayu dengan agak fasih. Ditambah dengan elemen humornya, dia mampu mengajar kita berbahasa dengan betul. (Klik di sini untuk tonton videonya!)


Olga Vadimovna Vasilevskaya, juara PABM 2008

Saya fikir mungkin kita perlu membawa golongan yang malu untuk bertutur dalam bahasa ibunda ke Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri setiap tahun. Mungkin mereka akan sedar bahawa bahasa Melayu ini berada di persada dunia. Perlukah? Fikirkanlah.

Cukuplah kupasan ini. Risau lebih ramai yang akan tersentap!

Setuju dengan artikel ini? > > > Tidak peduli Bahasa Kebangsaan kian ketara

No comments:

Post a Comment