sejarah

Saturday, November 13

Perlukah begitu? Oh, remaja!

Salam Sabtu.


Petang tadi, aku dan kawan-kawan tunggu bas pulang ke kampus. Lamanya. Tunggu di perhentian bas, betul-betul depan pintu masuk QB. Tunggu jela, yelah, separuh hayat manusia kerjanya menunggu. Itu yang aku bacalah. Tak tahu sejauh mana kesahihannya. 


Tengok gelagat orang. Semua muka ceria. Baguslah. Tiba-tiba, cacat pandanganku. Tiga makhluk berjalan ke arah pintu masuk QB. Atas kepalanya macam ada durian, tercacak tajam. Cicak jatuh mesti mati ditikam secara tidak langsung. Kasihan. Setelah ku teliti, manusia rupanya!!! Oh, tidak! Kemudian, kebetulan sebelah QB ada pesta kereta, tiba-tiba, "Bro, sikit rambut!", jerit deejay kat situ. Tiga kali diulang. Mereka buat muka tak puas hati. Terasa kot. Aku dan kawan2 gelak dalam hati sambil geleng2. 


Itu baru satu, kelompok kedua, melepak, mecangkung, di tepian pintu masuk. Percampuran gender di situ. Manusia juagak kah?!!! Ish2 Malu lah, Melayu pula tu! Yang lelaki rambut dan pakaian pelik2, perempuan macam nak pergi mandi sungai. Tau la Malaysia ni panas, walaupun di utara banjir. Jimat kain kot. Umur? Macam 15-17, sekolah lagilah kan? 


"Agak2nya, jin pun gelak tengok dorang!!!", sampuk kawan aku. Aku mengiyakan. Apa nak buat? Takkan nak cubit mereka pula. Pengaruh yang kuat, mungkin. Kalau dalam karangan, selalu aku tulis, marilah bersama-sama menyelesaikan polemik ini, sebelum nasi menjadi bubur. Boleh, kalau nak. Ikut hati. Tapi, harap boleh.


Bas dah sampai, kami terus pergi. Membiarkan mereka di situ. Harapnya sebelum Maghrib mereka pulanglah ke rumah. 

2 comments:

  1. amar,ko klu nak kita bleh buat "oh remaja"

    ReplyDelete