sejarah

Thursday, April 21

Aku dan KTT 111

Kembali lagi selepas agak lama berdiam. [Al maklumlah, charger laptop secara tidak sengaja ditinggalkan begitu sahaja di rumah!]

Maka, post khas untuk hari Khamis yang indah lagi permai ini, haruslah pasal exam sekarang kan? Buat makluman, aku sedang berhadapan dengan jihad sebagai seorang pelajar di minggu peperiksaan akhir untuk semester kedua. 


Subjek hari ini: KTT 111: Inorganic Chemistry 1 [Terpaksa belajar kimia walaupun hati ini obses terhadap Biologi!] Alah, ilmu kan? Belajar sajo. Nak dijadikan cerita, subjek ni antara subjek yang agak hot untuk dipelajari dan dijawab. Agak sukar. =,= Tapi macam senang. Erk!

Masa selama 3 jam penuh dengan deruan adrenalin dan degupan jantung. Berpeluh-peluh. [padahal sejuk jer] Untuk soalan objektif, agak ramai kawan aku yang melepaskan das tembakan di kertas OMR apabila masa hanya tinggal 4 minit, termasuklah aku. Aku harap sasarannya mengena! Ah!

Tiba-tiba ada selingan iklan, mengatakan ada pembetulan. Tapi aku endahkan saja. Ya lah, pembetulan untuk group yang lagi satu, akaun kot, yang sama tempat peperiksaan dengan kami. Tapi ada saja kawan-kawan aku yang terpinga-pinga sebab apa yang diberitahu tiada dalam kertas soalan. He3~

Ok, selesai sejam pertama, masuk ke fasa 2 jam berikutnya untuk soalan subjektif ala-ala esei. Seperti yang dijangka, aku fokus untuk soalan yang aku suka sahaja. MO and Crystal. Malahan, menjawab soalan kimia terasa seperti menjawab soalan pendidikan seni. Tapi aku suka!

Habis 3 jam yang memenatkan otak, perut terus lapar. [Banyak fikirlah katakan] Ada lah juga yang menunjukkan muka yang kesal, sedih serta terkilan. Buat kawan-kawan: redha je la ek. Harapnya graph utk KTT 111 ni turun [ada ke? macam SPM jer] Like-like jer. 

Kita boleh lagi pulun bagi dapat A+++ untuk Ecology, Biodiversity, Biostatistics and Mukahed [applied] serta Genetics, Biochemistry and Calculus [pure]. Chaiyo!!!


4 comments: