sejarah

Thursday, June 2

Aku dan Malam di Jeti


Kenangan di CEMACS, Muka Head, Australia Penang selama seminggu membuatkan hatiku semakin tertambat betapa indahnya ciptaan Allah S.W.T. Teruja, hati melonjak. Cinta AnT terhadap alam sekitar semakin membuak-buak. 

Setiap hari bagaikan terdengar-dengar deruan ombak menghempas pantai yang memutih. Banyak-banyak detik ketika di sana, suasana malam di jeti paling AnT akan ingat. Jetinya berdiri teguh, konkrit yang mencacak butiran pasir.

Lampu suluh, kamera sentiasa di tangan. Mana tau nampak yang mengujakan! Nasihat guru aku: 
Sentiasa bawa kamera, ke mana saja awak pergi. Its a matter of chance!
Tiada saat lebih mengujakan apabila dapat menyaksikan dua ekor ketam "bergelut berebut rumah" yang dikorek di dalam pasir. AnT dan kawan-kawan teruja. Bagaikan Austin Steven dalam dokumentarinya. Juga, melihat sekawan ketam "menikmati hidangan" seekor ikan yang mati terdampar di atas pasir.Whoa!!!

Malam terakhir, paling melucukan. AnT menebar jala yang agak berat. Ditebarnya ke dalam laut. Hasilnya: boleh la. Tahniah kepada kawan AnT, juga dapat ikan dan sotong. Kedua-duanya anak sahaja. Itu paling banyak. 

Yang pasti, AnT rindukan saat malam di jeti bersama rakan. Moment indah. Kita semakin akrab. Sekian.


1 comment:

  1. salam. admin, can i request an entry about ur current course (biology gunaan) in usm..? i need more info about the course as i will be enrolling the course for my degree. tq
    hopefully u can make the entry before 15/6 thanks again :)

    -mia-

    ReplyDelete