sejarah

Monday, June 20

Aku dan Budaya Hidup


Gaya hidup di kampus dan di rumah. Amat berbeza. Persekitarannya apatah lagi. Tiada deruan enjin motokar melampau membingitkan telinga, mahupun deruan enjin pesawat melintasi awan. Bukan itu yang AnT akan fokuskan. Untuk dikongsikan dan dikritik separa pedas. 

Jika di kampus dan sekitarnya, AnT akan "allergic" pada bekas styrofoam. [Lupa apa namanya, jarang digunakan] Juga dikenali sebgai White Coffin. Bukan apa, ia mampu menghumban kita. Kalau ke longkong nasib baik lagi, ini tidak, kita akan dihumban ke keranda!!! White coffin amat berbahaya. Kanser paling utama. Ngeri. Tapi di rumah dan sekitarnya, kerap digunakan. Sukar untuk dielakkan. Aduh!!!


Satu lagi. Beg plastik. Merah, biru, hijau. Meriah juga. Kesannya, aduh. Lambat nak dihapuskan oleh bumi jika dibuang! Kesian bumi kita kan? Kadang-kadang jika AnT menolak ketika jurujual nak menggunakan beg plastik, biasalah, mereka akan buat muka pelik. Terkejut pun sama. Bukan apa, air mineral dan roti sahaja. Jika di Pulau Mutiara, 20 senlah jawabnya!
Nota alam sekitar: Kurangkan penggunaan barang-barang di atas. Sekian.

No comments:

Post a Comment