sejarah

Monday, October 25

~jom tolong~

wah, hari yang mendamaikan.
kelas pun dah banyak habis, pembentangan pun selesai sudah. lega.
tapi bukan itu ceritanya.
ini perihal tolong.



tolong 1
kisah bermula apabila aku sedang menunggu kawanku solat di masjid. aku di anjung masjid. memerhatikan gelagat orang. aku pelik dengan gaya seorang pakcik itu. macam peminta sedekah. selepas mendekati seorang budak, mungkin sebaya dengan aku, dia menghampiriku. aku kurang faham tutur bicaranya. mungkin mahukan duit. hmmm... bukan tak nak tolong, tapi... dia keluarkan laporannya yang dibuat di balai polis. dompetnya hilang. kad pengenalan pun hilang. juga kad muallafnya pun hilang. sejurus kemudian, kawanku keluar dari dewan solat. pakcik itu datang kepadanya. perkara yang sama diulang. kami memberikan alasan yang sama, kami masih belajar, masih ditanggung. dia beredar. kawanku membidas, patutnya dia boleh kerja, cuci pinggan ker, sihat tubuh badan, tiada masalah. aku mengiakan sahaja. kami terus keluar makan.




tolong 2
maghrib, aku lalu di sebelah tadika islam, jalanku pulang ke desasiswa tercinta. kanak-kanak berketurunan arab girang bermain bola sepak. ya, keturunan arab memang ramai di kampus ini. meriah betul. aku hanya tersenyum sambil minum air yang tak habis tadi. tiba-tiba, bola melantun keluar. mereka tercegat. semua memandang aku. aku faham. "can you give me that ball?" lancar betul bahasa inggerisnya, baru 5 tahun, agaknya. aku membaling bola tersebut kembali kepada mereka. "thank you!" aku tersenyum. baik budi pekertinya. aku meneruskan perjalanan.


tolong 3
waktu yang sama, hanya 50 meter dari tempat dalam kisah tolong 2. aku ingin melintas jalan. keadaan agak lengang. hanya sebuah kereta sedang berhenti di persimpangan. si pemandu kereta itu menoleh ke kanan. tiba-tiba rokok di hujung jarinya terjatuh. graviti memainkan peranannya. huh.. dia terkesima. masih banyak bahagian rokok tersebut yang masih belum dihisapnya. dia memandang aku. aku memandang dia. dan terus berlalu. aku tersenyum adakah dia bermonolog tadi? "can you give me that cigarette?" sekali lagi aku tersenyum.





hari indah, petang ke malam, itulah perihal tolong~
aku masih tersenyum~


No comments:

Post a Comment