sejarah

Monday, September 6

kesah ramadhan di bandar diraja

salam kuih bahulu!!!

ramadhan di sekolah mmg terbaek! sahur hari pertama setiap tahun mmg akan panjang laa beratur kt dwn makan, kebulur kot! tapi, lama kelamaan, makin surut, biasalah kan... uniknya semasa ramadhan ni, since budak lelaki ni mmg kreatif, satu pasukan pancaragam ala2 tentera ditubuhkan khas untuk mengegarkan blok asrama lelaki utk bangun sahur... mmg menyakitkan telinga 400 org pelajar lelaki, tapi bdk perempuan pon tersedar jugak dek kebisingan yang tiba2 memecah keheningan pagi ramahan yang mulia...(agaknya laa)then,  kalo sesiapa yang rajin, lepas sahur, say up 4 stadi, bagos!

sekolah seperti biasa, prep juga sepeti biasa... time balik prep petang, sure akan serang bazar depan surau ramai! mmg meriah! macam2 ada... puding, kek batik, air buah2an, etc biasanya ada 3 gerai: gerai prefect, ex-makcik kantin n baiah(badan agama sekolah) masing2 buat muka kebulor tahap maksima...

time berbuka @dwn makan, haa, mmg best, masing2 menunggu dengan sabar yang amat sangat. 4 tahun pertama aku kat sekolah, bunyi meriam dari istana kot, dilaksanakan oleh pegawai polis katanya, merupakan satu drpd tanda dah masuk berbuka, mmg ditunggu, BOM!!! (kemudian disambut dengan suara lega yang tak boleh blah oleh  700 org budak : HAAA~, mmg best!) tapi masa form 5, dah takda daa since pejabat polis dah pindah tempat lain... 

tarawikh? huh, full... hek3 biasalah... mmg meriah, imam pulak variasi: baiah, ustaz, budak sekolah tahfiz, etc... kemudian, baru g prep malam, stadi~ ... kalo ada turn tadarus, pergi laaa n dpt additional moreh...  balik prep malam, moreh juga di dwn makan... nasiblah, kadang2 bubur lambuk masin, murtabak cecah bawang merah pon ada...

itulah kisah ramadan di sekolah aku yang tercinta...
kelakar, seronok, di samping dpt mendekatkan diri kpdNya...
alhamdulillah~

No comments:

Post a Comment