sejarah

Monday, August 30

tinta anak merdeka


assalamualaikum, salam merdeka semua!!!




pabila kita berbicara tentang merdeka, ramai org teringatkan lagu sudirman, "tanggal 31, bulan 8, 57...
ada pula y begitu bersemangat mengibarkan jalur gemilang, baik di kereta mahupun di pejabat masing2...

ya, esok kita menyambut ulg tahun kemerdekaan malaysia yang ke 53, 1Malaysia Menjana Transformasi. tapi, nak tau jugak, adakah semua org tahu tema tahun ni? mungkin ada, mungkin tiada kot... ntah laa...

seminggu sebelum kita merdeka, kat tempat aku nih mcm kurang jer semangat merdeka. bukan nak mengata, tapi itulah hakikatnya. ada yang cukup semangat mengibarkan jalur gemilang di rumahnya, ada yang tiada langsung. alahai... teringat lah pulak masa sekolah dulu, sepanjang nk gi bandar masa outing, mmg seronok... setiap tahun mesti nak tgk sebuah rumah ni, keliling pasang jalur gemilang! terharu aku nagn kawan2 aku mase tuh. lepas tu, macam2 program ada, sajak la, pentomin laa (masa ni la aku kutip mata merit!) mmg seronok, terutamanya masa malam ambang merdeka kat dewan sekolah... naik terbalik dewan tu ngan sorakan kami... mmg seronok.. kat matrik pn sama, kolej kediaman habis kena balut dengan bendera! nasib baik menang pertandingan hias kolej kediaman sempena merdeka...




tapi, sampai kat sini, macam tiada apa jer. kurang sangat2 (tau aku tak ambil kisah? bila masa pulak) nak sangat tonton hati malaya skali lagi (nasib baik ad dalam laptop ni) serius cakap, tgk filem tu, mmg menusuk jiwa, perasaan bercampur baur, kecuali mereka yang tiada perasaan... ingat lagi kat sekolah, masa tonton filem tu, y budak perempuan habis baju dibuat tisu, nasib baik tak banjir, yang budak laki plak, buat2 lawak, nak cover supaya tak menangis...

tapi sekarang, dunia dah maju, kibar jalur gemilang kat profile picture facebook jer...(terasa kot) namun, ada juagak org pertikaikan, "sekadar kibar je buat apa? semangat dalaman ada ker?" apa susah, jawab balik, "mana lagi teruk, orang yang kibar atau lagsung tak kibar?" terdiam kot... takpa la, mungkin dia ada semangat patriotik dalam diri dia, kita mana tahu kan?

jadi, sempena merdeka ni, kebetulan dalam bulan ramadhan yang mulia ini, diharapkan agar kedaulatan negara tidak terus dijajah, smalah uga dengan minda kita pun, harapnya tidak terus dijajah, amin~



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53

1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI



No comments:

Post a Comment